Capaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • BAC. SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN
  • BAC. SAINS PENGAJIAN MAKANAN
  • MAKLUMAT LANJUT
 

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Di wujudkan pada 1976 dalam usaha untuk menawarkan tenaga kerja di peringkat profesional dalam bidang sains dan teknologi makanan.

Para graduan dalam bidang ini menyerlah di dalam bidang kerjaya mereka serta memberi sumbangan besar kepada industri makanan di Malaysia.

Di akhir pengajian, pelajar akan mempunyai kepakaran di dalam bidang pengeluaran makanan, pembangunan produk baru, pengurusan mutu makanan, mendapatkan penemuan-penemuan baru dan meneroka bidang perniagaan yang berkaitan dengan makanan.

Syarat-syarat Kemasukan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat Universiti di samping syarat-syarat khas Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.
Syarat-syarat Fakulti ialah :

Lulus dengan gred yang baik dalam matapelajaran Kimia pada peringkat STPM, atau Diploma dari UPM, UiTM, POLISAS atau setaraf dengannya atau Matrikulasi.

Jangkamasa dan Tempoh Pengajian

Semua program Bacelor lazimnya mengambil masa selama 4 tahun atau 8 semester pengajian untuk memenuhi keperluan kredit program sebanyak 100 jam kredit.

Jangkamasa dan jumlah jam kredit boleh dikurangkan bagi calon-calon yang mendapat pengecualian kursus-kursus tertentu berasaskan kelayakan mereka semasa memasuki program.
 
 

Program Bacelor Sains (Pengajian Makanan)

Merupakan program yang dipersetujui oleh Senat pada bulan Disember 1995 dan oleh Kementerian Pendidikan pada bulan Mei 1996.

Program ini mengandungi 4 bidang pengkhususan iaitu :
a) Pengurusan Mutu Makanan
b) Pengurusan Makanan
c) Pentadbiran Perkhidmatan Makanan
d) Pemasaran Makanan

Matlamat utama program ini adalah untuk mengeluarkan graduan yang mempunyai pengetahuan asas mengenai sains dan teknologi makanan di samping berkemahiran di dalam bidang-bidang Pengurusan Mutu Makanan, Pengurusan Makanan, Pentadbiran Perkhidmatan Makanan dan Pemasaran Makanan.

Bidang-bidang ini memberi sumbangan penting terhadap kejayaan industri makanan dan perkhidmatan makanan negara. Graduan di dalam program ini berupaya memenuhi keperluan tenaga mahir di dalam industri yang semakin berkembang ini.

Syarat-syarat Kemasukan

Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat Universiti di samping syarat-syarat khas Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Syarat-syarat Fakulti ialah :

Lulus mana-mana dua matapelajaran berikut pada peringkat STPM - Biologi, Kimia, Fizik  Matematik; atau Diploma dari UPM, UiTM, atau setaraf dengannya atau Matrikulasi 

Jangkamasa dan Tempoh Pengajian

Semua program Bacelor lazimnya mengambil masa selama 4 tahun atau 8 semester pengajian untuk memenuhi keperluan kredit program sebanyak 120 jam kredit.
Jangkamasa dan jumlah jam kredit boleh dikurangkan bagi calon-calon yang mendapat pengecualian kursus-kursus tertentu berasaskan kelayakan mereka semasa memasuki program.

 
 
TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK - PRASISWAZAH)
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : +603-89468371
FAKS : +603-89423552
E-MAIL : ddacademic@food.upm.edu.my
 
PENOLONG PENDAFTAR (BAHAGIAN AKADEMIK)
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : +603-89468416
FAKS : +603-89423552
 
Bahagian Akademik