Food & Beverage Career Path Sharing Session | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » Food & Beverage Career Path Sharing Session

Food & Beverage Career Path Sharing Session

Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menganjurkan "Food & Beverage Career Path Sharing Session" dengan kerjasama Malaysian Food and Beverage Executives Association (M.F.B.E.A.), pada 19 Disember 2023, di Putra Business School, Universiti Putra Malaysia.

Menerusi sesi ini, para pelajar dari Program BSc. Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian dan BSc. Pengajian Makanan telah mendapat panduan dan nasihat tentang kerjaya daripada pakar dan profesional industri perkhidmatan makanan. Pihak jabatan telah menjemput En. Muhammad Hisham Tan Abdullah selaku Presiden M.F.B.E.A, En. Leslie Hon, Naib Presiden M.F.B.E.A. Acara, En Pravindran 'Vin' Palakrishnan Pengerusi Malaysian Mixology Guild (MMG), Puan Noriena Hassan, Timbalan Pengerusi Professional Coffee Connoisseur M.F.B.E.A, dan Puan Faridah Halina Zairi, Pengasas Coffee for Good, untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka mengenai keperluan dan persediaan merangka laluan kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Para penceramah juga menekankan kepentingan pengetahuan yang mendalam serta ketekunan untuk berjaya dalam bidang ini.

Sesi ini bukan sahaja menyediakan pelajar menghadapi cabaran dunia pekerjaan tetapi juga menonjolkan pelbagai peluang dalam sektor hospitaliti. Program yang berfokuskan pembelajaran, networking dan inspirasi ini dapat menetapkan penanda aras baharu untuk perjalanan pelajar ke dalam dunia pengurusan perkhidmatan makanan.

Pengajuran "Food & Beverage Career Path Sharing Session" telah dilaksanakan oleh para pelajar Tahun 2 dari Program BSc. Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan Kepujian yang dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja. Para pelajar telah dibimbing oleh fasilitator yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Acara ini merupakan salah satu aktiviti pemerkasaan pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan. Penganjuran acara seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk manfaat dan pembangunan pelajar.

 

Tarikh Input: 20/12/2023 | Kemaskini: 20/12/2023 | nur_jasni

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEcCAE~