Capaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • INFO UNIT
  • STAF
  • MAKLUMAT PERHUBUNGAN
 

Unit Jaminan Kualiti (UJK) telah ditubuhkan pada 1 April 2003 untuk menjalankan urusan pentadbiran yang melibatkan sistem kualiti Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Kualiti. Struktur organisasi unit ini terdiri daripada Wakil Pengurusan (WP), Ketua Unit Jaminan Kualiti, Pegawai Kawalan Dokumen dan Rekod (PKD), Jawatankuasa Pepandu, Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan Pasukan Juruaudit Dalaman.

Jawatankuasa Pepandu, Jawatankuasa Jaminan Kualiti dan Jawatankuasa Juruaudit Dalaman terdiri dari kalangan  staf akademik dan staf bukan akademik fakulti bertujuan untuk merancang, membangun dan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) diwujud, dilaksana dan diselenggara di peringkat Fakulti. Jawatankuasa Pepandu terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan (Akademik & HEP), Timbalan Dekan (Siswazah & Penyelidikan), Ketua-ketua Jabatan dan Wakil Pengurusan.

Jawatankuasa Jaminan Kualiti pula dilantik oleh Dekan dan diketuai oleh Wakil Pengurusan manakala ahlinya terdiri daripada Pegawai Tadbir (Pengurusan Sumber), Pegaawai Tadbir (Akademik & HEP), Pegawai Tadbir Unit Jaminan Kualiti, pengurus-pengurus makmal dan wakil setiap makmal.

Pasukan Juruaudit Dalaman yang dilantik oleh Dekan FSTM, terdiri daripada beberapa orang staf akademik setiap jabatan. Pasukan ini membantu memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dilaksanakan dan diikuti oleh semua staf di Fakulti. 


Sistem Pengurusan Kualiti
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) di Fakulti ini bertujuan menyediakan perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sokongan yang memenuhi keperluan pelajar Fakulti.

SPK ini diterjemahkan melalui manual kualiti serta prosedur-prosedur yang memastikan pengawalan dan penentuan kualiti di setiap peringkat input, proses dan output mengikut keperluan MS ISO 9001:2000. Dengan adanya SPK ini, Fakulti akan dapat merealisasikan pelan strategi UPM dan pelan tindakan Fakulti serta meningkatkan kepuasan pelanggan dan membudayakan kualiti kerja staf di setiap peringkat.

 
   

Dr. Mohhidin Othman
Ketua Unit
mohhidin@putra.upm.edu.my
03-8946 8420

   
PENTADBIRAN

Hanisah Abdul Rahman
Penolong Pendaftar
hanisah@putra.upm.edu.my
03-8946 8420

Norazlindawati Hashim
Pembantu Tadbir
linda@food.upm.edu.my
03-8946 8420

Fazrul Azhar
Pembantu Tadbir
fazrul@food.upm.edu.my
03-8946 8420

Salasiah Hashim
Pembantu Tadbir
salasiah@food.upm.edu.my
03-8946 8420

 

 

PENGANTARABANGSAAN

Ahmad Ramdhan bin Ismail 
Pembantu Tadbir (Unit Pengantarabangsaan)
ramdhan@food.upm.edu.my
03-8946 8420

   
 
KETUA
UNIT JAMINAN KUALITI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : +603-89468420
FAKS : +603-89423552
E-MAIL : mohhidin@putra.upm.edu.my
 
PENOLONG PENDAFTAR
UNIT JAMINAN KUALITI
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : +603-89468420
FAKS : +603-89423552
E-MAIL : hanisah@food.upm.edu.my