Capaian

 

 

 

 

 

 

 

  • INFO UNIT
  • MAKMAL KOMPUTER
  • WIFI FOODHotSpot
  • STAF
  • MAKLUMAT PERHUBUNGAN
 

Unit IT & Teknikal ditubuhkan pada 1 Jun 2006 hasil gabungan Unit IT dan Seksyen Teknikal dari Bahagian Pengurusan Sumber. Penubuhan unit ini adalah untuk merancang, membangun, menyelenggara dan menyediakan latihan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Fakulti. Disamping itu juga, unit ini bertanggungjawab dalam penyediaan peralatan audiovisual. Segala perancangan dan pembangunan ICT di Fakulti adalah sejajar dengan Polisi ICT UPM.


Perkhidmatan yang disediakan :

Seksyen ICT

  • Komputer / Pencetak untuk staf
  • Makmal Komputer
  • Alatan audiovisual, LCD dan perkhidmatan jurugambar
  • Laman web Fakulti
  • Penyelenggaraan & Pembaikpulihan peralatan komputer
  • Sistem perhubungan Internet & Rangkaian Komputer
  • Kepakaran ICT dan Konsultansi

Seksyen Teknikal

  • Sistem PA
  • Peralatan Mekanikal, Elektrikal dan Telekomunikasi
  • Penyelenggaraan peralatan teknikal
  • Perkhidmatan pembaikpulihan peralatan elektrikal
  • Kepakaran teknikal dan Konsultansi
 
 

Terdapat dua Makmal Komputer di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan untuk kemudahan para pelajar iaitu FOODCyber 1 (43 unit PC) dan FOODCyber 2 (38 unit PC).

Selain digunakan untuk keperluan pelajar, Makmal-makmal Komputer juga digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus yang memerlukan penggunaan PC.

Waktu operasi FOODCyber 1 dan FOODCyber 2 adalah seperti berikut :

FOODCyber 1

Isnin hingga Jumaat
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup : 1.00 tengah hari

FOODCyber 2
Isnin hingga Jumaat
Waktu Operasi : 8.00 pagi hingga 7.00 petang

FOODCyber 1 dan FOODCyber 2 ditutup pada hari-hari cuti am.

Hanya pelajar Fakulti sahaja dibenarkan untuk menggunakan kemudahan ini.

 
 

Keseluruhan Bangunan-bangunan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan dilengkapi dengan kemudahan WiFi FOODHotSpot untuk kemudahan dan kegunaan para pelajar dan staf Fakulti.

Walaubagaimanapun mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan wireless ini perlu terlebih dahulu mendaftar dengan Unit IT & Teknikal bagi tujuan keselamatan dan kawalan.

Para pelajar boleh mendaftar di Unit IT & Teknikal (Seksyen ICT) dan berurusan dengan staf kami di Unit berkenaan yang mesra pelanggan dan sudi membantu.

Pendaftaran FOODHotSpot

Isnin hingga Jumaat
Waktu Pendaftaran : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Ditutup : 1.00 tengah hari


Hanya pelajar Fakulti sahaja dibenarkan untuk menggunakan kemudahan ini.
 
   

Syed Izaharudden Syed Isa
Pengawai Teknologi Maklumat
syed@food.upm.edu.my
03-8946 8403

   
SEKSYEN ICT

Mohd Rizan Md Taib
Pen. Peg. Teknologi Maklumat
mohdrizan@putra.upm.edu.my
03-8946 8405

Suria Mohamad Sukri
Juruteknik Komputer
ms_suria@putra.upm.edu.my
03-8946 8405

Mohd Hilmi Al-Hijiri Md Lazim
Pembantu Tadbir
hilmi@food.upm.edu.my
03-8946 8405

 

 

SEKSYEN TEKNIKAL

Rusli Md Salleh
Juruteknik Elektrik Kanan
ruslims@putra.upm.edu.my
03-8946 8397

Syed Mohd Shamsol Kamal Syed Naimi
Juruteknik Elektrik
shamsol@food.upm.edu.my
03-8946 8397

   
 
UNIT IT DAN TEKNIKAL
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
TEL : +603-89468403
FAKS : +603-89423552
E-MAIL : syed@food.upm.edu.my