Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
MASTER SECARA KERJA KURSUS

MASTER TEKNOLOGI MAKANAN (TANPA TESIS)

KURSUS WAJIB

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

1

FST5101

Komponen Makro Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia air, serta faktor yang mempengaruhi kestabilan makanan, karbohidrat, lipid, protein dan serat dietari. Struktur, sumber dan perubahan makro komponen makanan semasa penyimpanan, pemprosesan serta faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut akan dibincangkan.

2

FST5206

Mikrobiologi
Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi ekologi mikrob makanan, pengenalpastian dan kawalan  mikroorganisma bahaya. Ia mengaitkan isu semasa dalam analisis risiko dan kawalan patogen dan organisma kerosakan, pendekatan mengekalkan kualiti produk dan piawaian mikrob untuk analisis produk akhir.

3

FST5303

Jangka Hayat Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kaedah penentuan dan peranan pembungkusan dalam jangka hayat makanan. Kajian kes ke atas jangka hayat beberapa produk makanan terpilih akan dibincangkan.

4

FST5304

Pembungkusan
Makanan Lanjutan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi bahan pembungkus, pembuatan, jenis dan penggunaan, reka bentuk pembungkusan, kawalan kualiti, piawaian dan kaedah ujian serta alatan dan sistem pembungkusan. Peraturan dan undang-undang pembungkusan makanan, serta perkembangan semasa dan masa depan pembungkusan makanan juga akan dibincangkan.

5

FST5401

Kejuruteraan Dan Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi prinsip serta aplikasi operasi unit termasuk pra-pemprosesan, operasi penukaran dan pengawetan bagi penghasilan produk makanan. Kajian kes komoditi makanan tertentu akan dibincangkan.

6

FST5403

Reka Bentuk Proses Dan Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan prosedur dalam reka bentuk proses dan loji makanan. Kajian kes komoditi terpilih juga akan dibincangkan.

7

FST5404

Amali Teknologi Makanan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi latihan amali dalam teknologi pemprosesan produk berasaskan tumbuhan dan haiwan serta memberi pendekatan secara praktik untuk mengaitkan kesan ramuan, aditif makanan dan jenis alat pemprosesan ke atas atribut kualiti produk makanan.

8

FST5602

Pengurusan Keselamatan
Makanan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi konsep dan prinsip dalam HACCP dan analisis risiko bahaya mikrobiologi, kimia dan fizikal dalam makanan. Kaedah pengurangan bahaya dalam makanan juga akan dibincangkan.

9

FST5802

Inovasi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kepentingan perkembangan produk dan strategi untuk membangunkan produk. Kajian kes produk baharu terpilih juga akan dibincangkan.

10

FST5999

Projek

 

6(0+6)

Kursus ini mengandungi cadangan, tajuk, abstrak, pengenalan sorotan, metodologi, keputusan dan perbincangan serta rumusan. Projek ilmiah boleh berbentuk penyelidikan dan pembangunan praktikal/di makmal  atau secara kajian soal-selidik. Laporan akhir projek ilmiah perlu disediakan. Pelajar perlu membuat pembentangan secara lisan hasil kajian yang telah jalankan.

 

 

KURSUS ELEKTIF

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

1

FST5002

Kaedah Penyelidikan Dan Statistik Dalam

Sains Dan Teknologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan kaedah statistik untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi makanan. Analisis data yang sesuai ke atas reka bentuk eksperimen kajian kes berkaitan sains dan teknologi makanan akan dibincangkan. Penggunaan perisian statistik juga ditekankan.

2

FST5003

Falsafah Sains Halal

3(3+0)

Kursus  ini adalah  berkaitan  dengan falsafah dan konsep halal dan haram mengikut perspektif syariah dan kaitannya dengan sains. Perbincangan merangkumi persoalan asas halal dan haram serta aplikasinya dalam keseluruhan peringkat rantaian bekalan produk makanan dan bukan makanan.  Ini meliputi struktur industri halal, pasaran halal, perundangan dan peraturan pensijilan halal.

3

FST5302

Teknologi Kini Dalam Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi perbincangan menyeluruh mengenai teknologi terkini dalam pemprosesan makanan dengan penekanan kepada pemprosesan tak-terma, bersepadu dan hiliran. Kajian kes komoditi terpilih juga akan dibincangkan.

4

FST5305

Teknologi Lipid Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia lipid dari pelbagai sumber, analisis kimia dan instrumentasi dan teknologi pemprosesan industri lipid. Aplikasi dan  sifat fungsian lipid dalam produk makanan juga akan dibincangkan.

5

FST5307

Kimia Dan Teknologi Kanji

 

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fizikal, kimia dan fungsian, teknologi dan aplikasi kanji dan kanji terubahsuai dalam pemprosesan makanan. Kajian kes berkaitan penggunaan kanji dalam makanan akan dibincangkan.

6

FST5402

Sifat Fizik Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan pengukuran pelbagai sifat fizik makanan yang penting dalam pengendalian, penyediaan, pemprosesan, pengawetan, penstoran dan pengedaran makanan. Kursus ini juga meliputi perkembangan semasa dalam kaedah pengukuran sifat fizik makanan.

7

FST5502

Biopemprosesan
Makanan

 

2(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep biopemprosesan, evolusi penggunaan biomangkin (enzim dan mikroorganisma) dalam pembangunan 'teknologi hijau' (mesra alam) terutama dalam industri makanan dan minuman, peranan teknologikal yang dimainkan oleh enzim dan mikroorganisma dari aspek berikut: kelas dan sifat enzim; asas kinetik tindakbalas enzim; sumber dan tindakbalas kimia enzim makanan endogenous dan komersil; pasaran enzim komersil; aplikasi enzim dalam pemprosesan makanan, kumpulan penting mikroorganisma makanan, jenis fermentasi makanan; aplikasi mikroorganisma dalam penghasilan makanan dan metabolit industri, dan isu semasa termasuk kedudukan biomangkin dalam Akta Makanan.

8

FST5601

Pemastian Kualiti Makanan

3(3+0)

Kursus ini membincangkan konsep dan aplikasi pengurusan pemastian kualiti dalam rantaian nilai dari ladang ke meja yang berkaitan dengan industri pembuatan dan perkhidmatan makanan.

 

Kemaskini Terakhir : Wed, 18 Dec 2013 (syamunazzah)


Timbalan Dekan
(Siswazah, Penyelidikan & Inovasi)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8947 1962
Faks : +603 8946 8251
Emel: food.research@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017