Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
MASTER/PHD DENGAN TESIS

MASTER/PHD DENGAN TESIS

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

1

FST5001

Topik Khas

3(3+0)

Kursus ini menghendaki pelajar mendapatkan maklumat saintifik ke atas tajuk terpilih dan membuat analisis kritikal agar dapat memantapkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi makanan.

2

FST5002

KaedaH Penyelidikan dan Statistik Dalam Sains dan Teknologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan kaedah statistik untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi makanan. Analisis data yang sesuai ke atas reka bentuk eksperimen kajian kes berkaitan sains dan teknologi makanan akan dibincangkan. Penggunaan perisian statistik juga ditekankan.

3

FST5003

Falsafah Sains Halal

3(3+0)

Kursus   ini adalah  berkaitan  dengan falsafah dan konsep halal dan haram mengikut perspektif syariah dan kaitannya dengan sains. Perbincangan merangkumi persoalan asas halal dan haram serta aplikasinya dalam keseluruhan peringkat rantaian bekalan produk makanan dan bukan makanan.  Ini meliputi struktur industri halal, pasaran halal, perundangan dan peraturan pensijilan halal.

4

FST5101

Komponen Makro Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia air, serta faktor yang mempengaruhi kestabilan makanan, karbohidrat, lipid, protein dan serat dietari. Struktur, sumber dan perubahan makro komponen makanan semasa penyimpanan, pemprosesan serta faktor yang mempengaruhi perubahan tersebut akan dibincangkan.

5

FST5105

Teknik  Dalam Analisis  Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi teknik persampelan dan persediaan sampel makanan sebelum analisis. Prinsip, fungsi komponen sesuatu alat analitikal dan  aplikasi teknik yang digunakan dalam pencirian sifat fizikal dan kimia bahan mentah dan produk makanan juga akan dibincangkan.

6

FST5106

Biokimia, Fisiologi dan Teknologi Lepas
Tuai Buah Dan Sayur

3(3+0)

Kursus ini merangkumi perubahan biokimia dan fisiologi lepas tuai buah dan sayur. Indeks kualiti, faktor yang mempengaruhi kualiti, teknik pemeliharaan kualiti dan pemanjangan jangka hayat simpanan, dan amalan komersil dibincangkan.

7

FST5201

Ekologi Mikrob Komoditi Makanan

3(3+0)

Kursus ini adalah lanjutan kepada mikrobiologi makanan dengan memberi penekanan kepada kumpulan mokroorganisma yang boleh merosakkan komoditi makanan iaitu bakteria, yis dan kulat. Faktor yangmempengaruhi tumbesaran  dan pemilihan mikroorganisma perosak dominan semasa pengendalian, pemprosesan dan penyimpanan komoditi makanan akan dibincangkan.

8

FST5203

Patogen Bawaan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi  ciri mikroorganisma patogenik yang terlibat dalam keracunan makanan dan menitikberatkan faktor yang mempengaruhi tumbesaran patogen, keadaan yang menyebabkan gasteroenteritis, penghasilan toksin dan kesan ke atas manusia. Pengasingan dan pengenalpastian patogen dengan menggunakan kaedah konvensional, kaedah pantas dan kaedah berasaskan biologi molekul akan juga dibincangkan.

9

FST5204

Toksikologi Makanan Lanjutan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi jenis ketoksikan dan mekanisma penyebaran toksikan, sebatian toksik dalam makanan, penilaian risiko toksikan makanan, respon biologi terhadap toksin, karsinogen, mutagen dan teratogen. Jenis sebatian toksik, mekanisma ketoksikan serta kaedah penentuan bahan toksik juga akan dibincangkan.

10

FST5206

Mikrobiologi
Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi ekologi mikrob makanan, pengenalpastian dan kawalan  mikroorganisma bahaya. Ia mengaitkan isu semasa dalam analisis risiko dan kawalan patogen dan organisma kerosakan, pendekatan mengekalkan kualiti produk dan piawaian mikrob untuk analisis produk akhir.

11

FST5302

Teknologi Kini Dalam Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi perbincangan menyeluruh mengenai teknologi terkini dalam pemprosesan makanan dengan penekanan kepada pemprosesan tak-terma, bersepadu dan hiliran. Kajian kes komoditi terpilih juga akan dibincangkan.

12

FST5303

Jangka Hayat Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kaedah penentuan dan peranan pembungkusan dalam jangka hayat makanan. Kajian kes ke atas jangka hayat beberapa produk makanan terpilih akan dibincangkan.

13

FST5304

Pembungkusan
Makanan Lanjutan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi bahan pembungkus, pembuatan, jenis dan penggunaan, reka bentuk pembungkusan, kawalan kualiti, piawaian dan kaedah ujian serta alatan dan sistem pembungkusan. Peraturan dan undang-undang pembungkusan makanan, serta perkembangan semasa dan masa depan pembungkusan makanan juga akan dibincangkan.

14

FST5305

Teknologi Lipid Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fiziko-kimia lipid dari pelbagai sumber, analisis kimia dan instrumentasi dan teknologi pemprosesan industri lipid. Aplikasi dan  sifat fungsian lipid dalam produk makanan juga akan dibincangkan.

15

FST5307

Kimia dan Teknologi Kanji

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sifat fizikal, kimia dan fungsian, teknologi dan aplikasi kanji dan kanji terubah suai dalam pemprosesan makanan. Kajian kes berkaitan penggunaan kanji dalam makanan akan dibincangkan.

16

FST5401

Kejuruteraan dan Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi prinsip serta aplikasi operasi unit termasuk pra-pemprosesan, operasi penukaran dan pengawetan bagi penghasilan produk makanan. Kajian kes komoditi makanan tertentu akan dibincangkan.

17

FST5402

Sifat Fizik Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan pengukuran pelbagai sifat fizik makanan yang penting dalam pengendalian, penyediaan, pemprosesan, pengawetan, penstoran dan pengedaran makanan. Kursus ini juga meliputi. perkembangan semasa dalam kaedah pengukuran sifat fizik makanan.

18

FST5403

Reka Bentuk Proses Dan Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan prosedur dalam reka bentuk proses dan loji makanan. Kajian kes komoditi terpilih juga akan dibincangkan.

19

FST5404

Amali Teknologi Makanan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi latihan amali dalam teknologi pemprosesan produk berasaskan tumbuhan dan haiwan serta memberi pendekatan secara praktik untuk mengaitkan kesan ramuan, aditif makanan dan jenis alat pemprosesan ke atas atribut kualiti produk makanan.

20

FST5503

Enzimologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini akan  merangkumi sejarah enzimologi dan kepentingan enzim dalam makanan, pengkelasan dan nomenklatur enzim, struktur enzim, katalisis, kinetik, ciri, asai enzim, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim, pengekstrakan dan penulenan, pencirian dan modifikasi enzim.

21

FST5602

Pengurusan Keselamatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini  merangkumi konsep dan prinsip dalam HACCP dan analisis risiko bahaya mikrobiologi, kimia dan fizikal dalam makanan. Kaedah pengurangan bahaya dalam makanan juga akan dibincangkan.

22

FST5605

Isu Dalam Keselamatan dan Pemastian Kualiti Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi isu terkini di dalam sains makanan yang mempengaruhi pemilihan, pengambilan makanan dan kesihatan masyarakat. Topik-topik yang dibincangkan termasuk makanan fungsi, makanan transgenik, tuntutan kesihatan, pelabelan pemakanan, analisis makanan, makanan halal, bahan toksik dalam makanan dan topik-topik yang berkaitan. Penemuan terkini perkaitan antara penyakit degenaratif dan pengambilan makanan juga akan dibincangkan.

23

FST5606

Peraturan Dan Piawaian Keselamatan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sejarah, perkembangan dan pembangunan Undang-Undang dan Peraturan Makanan di Malaysia. Undang-undang Malaysia lain yang berkaitan dengan industri makanan, peranan Codex Alimentarius dan organisasi lain yang berkaitan, impak isu-isu perundangan dan peraturan ke atas kualiti dan keselamatan makanan, amalan Undang-Undang dan Peraturan Makanan Antarabangsa di beberapa negara terpilih termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Kanada dan Amerika Latin juga akan dibincangkan.

24

FST5607

Kualiti Hasilan Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi kualiti hasilan tumbuhan dan haiwan, aspek perundangan, proses pembentukan dan penguatkuasaan piawaian antarabangsa, serta implikasi ketidakpatuhan kepada spesifikasi, parameter dan pemastian kualiti, pelabelan dan isu semasa yang berkaitan.

25

FST5802

Inovasi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kepentingan perkembangan produk dan strategi untuk membangunkan produk. Kajian kes produk baharu terpilih juga akan dibincangkan.

26

FST5903

Seminar

1(0+1)

Kursus ini melibatkan latihan, penyediaan dan pembentangan hasil penyelidikan master dalam bidang sains dan teknologi makanan atau bioteknologi makanan. Setiap pelajar siswazah dikehendaki menyediakan dan membentangkan hasil penyelidikan di akhir pengajian

27

PMK5001

Topik Khas

3(3+0)

Kursus ini menghendaki pelajar mendapatkan maklumat saintifik ke atas tajuk terpilih dan membuat analisis kritikal agar dapat memantapkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi makanan

28

PMK5101

Pemilihan Dan Penerimaan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep pemilihan makanan dan kaedah penentuan  penerimaan  produk, model gelagat pemilihan makanan, ciri deria makanan dan kepentingannya,   kaedah  menilai ciri kualiti  makanan  dan penerimaan serta   faktor yang mempengaruhi pemilihan  oleh pengguna. 

29

PMK5102

Operasi  Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pengurusan operasi dalam industri perkhidmatan makanan. Ia,meliputi sub-sistem fungsian di dalam operasi perkhidmatan  makanan seperti perolehan, pengeluaran, pengedaran dan perkhidmatan.

30

FSM5301

Sains Kulinari

3(2+1)

Kursus ini mengintegrasi seni dan sains kulinari aplikasi kimia dan teknologi dalam inovasi, penyediaan, persembahan dan kawalan kualiti makanan dengan penekanan kepada rasa, tekstur, nilai estetika dan budaya, teori dan aplikasi bekerja secara kreatif dengan makanan.

31

FSM5601

Pengurusan
Kualiti Perkhidmatan dan Hubungan Pelanggan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pembangunan dan    pengurusan hubungan pelanggan
melalui pemahaman ciri-ciri perkhidmatan, pembentukan dan akibat jangkaan dan persepsi pelanggan, pengendalian kegagalan dan pembaikpulihan perkhidmatan, pengaruh budaya dan peranan teknologi.

32

PMK5903

Seminar

1(0+1)

Kursus ini melibatkan latihan, penyediaan dan pembentangan hasil penyelidikan master dalam bidang sains dan teknologi makanan atau bioteknologi makanan. Setiap pelajar siswazah dikehendaki menyediakan dan membentangkan hasil penyelidikan di akhir pengajian

33

FST6001

Topik Khas

3(3+0)

Kursus ini menghendaki pelajar mendapatkan maklumat saintifik ke atas tajuk terpilih dan membuat analisis kritikal agar dapat memantapkan pengetahuan pelajar dalam bidang sains dan teknologi makanan

34

FST6101

Isu Dalam Sains Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi isu terkini di dalam sains makanan Penemuan terkini perkaitan di antara penyakit degenaratif dan pengambilan makanan juga dibincangkan

35

FST6301

Trend Dalam
Teknologi Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi perbincangan secara kritis berkaitan  trend produk dan teknologi makanan dalam industri, trend terkini perdagangan makanan tempatan dan  antarabangsa serta teknologi pemprosesan makanan konvensional dan memuncul.  Beberapa elemen penting di dalam pengurusan rantaian bekalan juga akan diulas.

36

FST6903

Seminar

1(0+1)

Kursus ini melibatkan latihan, penyediaan dan pembentangan hasil penyelidikan master dalam bidang sains dan teknologi makanan atau bioteknologi makanan. Setiap pelajar siswazah dikehendaki menyediakan dan membentangkan hasil penyelidikan di akhir pengajian

 

Kemaskini Terakhir : Sun, 01 Dec 2013 (ira_yusoff)


Timbalan Dekan
(Siswazah, Penyelidikan & Inovasi)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8947 1962
Faks : +603 8946 8251
Emel: food.research@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017