Capaian

 

 

  • PERKARA AM
  • SEBUTHARGA FAKULTI
 

Perkara Am :

1. Tawaran adalah dipelawa untuk melaksanakan bekalan dan perkhidmatan di atas tertakluk kepada syarat yang dikembarkan bersama ini.

2. Sila nyatakan tempoh hantaran yang ditawarkan.

3. Tawaran hendaklah sah selama 12 minggu selepas tarikh sebutharga ditutup.

4. Jika diminta, penyebutharga hendaklah menyediakan katalog bagi alat-alat yang ditetapkan.

5. Sila gunakan borang yang disediakan. Jika ruangan yang dilampirkan tidak mencukupi, Penyebutharga bolehlah menggunakan lampiran dan  hendaklah ditandatangani dan di cop.

6. a) Penyebutharga hendaklah daripada Syarikat Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Satu salinan Sijil Pendaftaran tersebut hendaklah dihantar bersama dokumen sebutharga ini.

    b) Penyebutharga hendaklah bebas daripada sebarang tindakan tatatertib pihak Kementerian Kewangan Malaysia. Tindakan akan diambil ke atas pembekal yang melanggar peraturan ini.

7. Sebutharga hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Sebutharga Fakulti Sains dan Teknologi Makanan melalui peti sebutharga di Kaunter Pejabat Bahagian Pengurusan Sumber.

8. Jika tuan/puan tidak menerima apa-apa jawapan daripada kami, sebutharga tuan/puan dianggap tidak berjaya.

9. Sebutharga hendaklah di hantar ke dalam Peti Sebutharga sebelum jam 12.00 tengahari pada/sebelum tarikh tutup. Sebutharga yang lambat dihantar, tidak akan dipertimbangkan.

10. Sila gunakan Borang Sebutharga yang boleh didapati di Kaunter Bahagian Pengurusan Sumber, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia atau dari laman web ini. Bagaimanapun tuan/puan boleh menggunakan sebutharga menggunakan kepala surat masing-masing sebagai lampiran. Jika ada, sila lampirkan juga brosur produk.

11. Kegagalan tuan/puan mengikuti arahan sebutharga boleh menyebabkan sebutharga tuan/puan ditolak.

 
     
Bil.
Perkara
Tarikh Tutup
Tiada sebutharga buat masa ini.