PERKHIDMATAN L'APPRENTI FSTM

Latar Belakang

Lapprenti merupakan jenama kelahiran tunggal FSTM yang mempelopori bidang kulinari makanan dan perkhidmatan makanan di bawah Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan. L’apprenti mula berkembang apabila tertubuhnya Kompleks Perkhidmatan Makanan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2009. Lokasi Kompleks Perkhidmatan Makanan adalah di bangunan Food 6 Lebuh Silikon berdekatan dengan Dewan Bankuet UPM. Jenama Lapprenti juga telah difailkan untuk 'trademark' pada 25 April 2012.

Objektif

  • Mewujudkan sebuah kompleks pengajaran yang menekankan setiap aspek dalam industri pengurusan dan perkhidmatan makanan supaya pelajar dapat menimba pengalaman melalui latihan amali yang dijalankan di makmal pengajaran yang mempunyai kemudahan yang setanding dengan kemudahan yang terdapat di industri.
  • Menyediakan kemudahan infrastruktur terkini untuk pelajar yang mampu meningkatkan daya saing pelajar demi memenuhi keperluan industri pengurusan dan perkhidmatan makanan masa kini.
  • Mewujudkan suatu kemudahan latihan pelajar yang merangkumi aktiviti-aktiviti pengurusan dan perkhidmatan makanan yang menyeluruh dalam tempoh pengajian di Universiti Putra Malaysia.
  • Melahirkan pelajar yang berdaya saing serta dapat mengaplikasikan ilmu yang dipelajari semasa kuliah teori dan latihan praktikal dengan menggunakan peralatan yang setanding seperti mana yang terdapat di industri.

 

Media sosial

 

LapprentiUPM LapprentiUPM
 

 

Sila hubungi:-
Encik Md Nizam bin Mahat@Ibrahim
Ketua Jenama L’apprenti/Pegawai Sains (C48)
Tel: 03-97691155/013-2107876
E-mail: mdnizam@upm.edu.my

 

Untuk sebarang tempahan:-
Cik Nur Adibah binti Talib
Eksekutif Pemasaran dan Jualan/Penolong Pegawai Sains (C29)
Tel: 03-97691158/0179610627
E-mail: nur_adibah@upm.edu.my

 

Lokasi L’apprenti, FSTM UPM