Informasi Bahagian

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi) telah diwujudkan pada bulan September 2007 di mana sebelum ini ia dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Pengantarabangsaan. Hal ini kerana PTDSPI telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal siswazah selain skop penyelidikan yang sedia ada di Fakulti sejajar dengan pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan pada November 2006.

PTDSPI terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu siswazah dan penyelidikan. Di bahagian siswazah, tugas utama yang dijalankan adalah berkaitan urusan pengambilan pelajar siswazah lanjutan di Fakulti dan pengendalian kursus siswazah seperti menyediakan jadual seminar siswazah, jadual waktu kursus siswazah dan menguruskan kemasukan markah peperiksaan pelajar siswazah.

Bahagian penyelidikan pula dibahagikan kepada pentadbiran dan makmal penyelidikan. Tugas utama adalah membantu Fakulti dalam memenuhi KPI MYRA yang ditetapkan. Antara tanggungjawab utama adalah:

  1. Menguruskan geran penyelidikan di Fakulti.
  2. Melantik RA dan memantau RA/GRA/GRF di Fakulti
  3. Menggalak dan memantau penerbitan jurnal Fakulti
  4. Menggalakkan dan memantau pendaftaran paten terhadap proses/produk penyelidikan
  5. Menggalak dan menguruskan penyertaan fakulti di dalam pameran ataupun pertandingan (kebangsaan / antarabangsa)
  6. Mengkoordinasi sebarang pameran bengkel / seminar / kolokium / inaugral penyelidikan Fakulti
  7. Menyediakan laporan tahunan fakulti
  8. Mengemaskini brosur dan risalah penyelidikan Fakulti setahun sekali
  9. Bertanggungjawab mengemaskini dokuman Universiti Penyelidikan untuk pengauditan
  10. Memantau makmal penyelidikan Fakulti