Informasi Bahagian

Dalam usaha pihak Fakulti untuk mencapai matlamat strategik UPM 2021-2025 iaitu Pelan Strategik ini yang memfokuskan lapan bidang strategik dan mempunyai lima matlamat penting untuk UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Melalui analisis, maklum balas, sumbang saran dan libat serta pelbagai kumpulan yang berkepentingan, UPM telah menetapkan bahawa kedudukan dalam ranking global perlu ditingkatkan dan memperkukuhkan impak fungsi teras UPM untuk kelangsungan kecemerlangan.

Lapan bidang strategik yang diberi tumpuan dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 ialah seperti berikut:

  1. Pengajaran dan pembelajaran, dan pembangunan pelajar secara holistik
  2. Penyelidikan, pengkomersilan dan inovasi
  3. Jaringan industri dan khidmat masyarakat
  4. Pengurusan dan pembangunan bakat
  5. Penjanaan pendapatan
  6. Bidang kebitaraan – Kecemerlangan Pertanian
  7. Pembangunan kemudahan & kelestarian kampus
  8. Penjenamaan, imej dan keterlihatan

 

Maka dengan itu pada Mesyuarakat Jawatankuasa Pengurusan Fakulti Bil.1/2015 telah bersetuju dengan penubuhan Bahagian Pembangunan & Jaringan dan diketuai oleh seorang Timbalan Dekan. Bahagian ini memberi tumpuan kepada aktiviti pembangunan infrastruktur yang lestari melalui RMK 12. Bahagian ini juga memberi  tumpuan kepada  pembangunan Fakulti melalui Jaringan Industri, Komuniti & Alumni. Menerusi jalinan kerjasama ini Bahagian Pembangunan dan Jaringan akan melaksanakan aktiviti pemindahan ilmu dan teknologi tinggi dan sekaligus memberi kesan positif untuk pembangunan negara. Aktiviti Jaringan Industri, Komuniti & Alumni yang dijalankan juga dapat menjana pendapatan kepada Fakulti melalui sumber geran penyelidikan kontrak dan sumbangan dari Industri, Komuniti & Alumni. Ini selari dengan aspirasi serta visi Fakulti dan Universiti.

 

PEJABAT TIMBALAN DEKAN 

Maimunah Sanny (Profesor Madya Dr.)
BSc. [UPM], MSc. [UM], PhD [Wageningen]
Bidang Kepakaran: Pengurusan Kualiti Makanan, Keselamatan Kimia Makanan
Tel: +603-9769 8363
Emel: s_maimunah@upm.edu.my
ORCID: orcid.org/0000-0002-3460-2101
[Muat turun CV]
 
Nor Shuhada Binti Mohamad (Cik)
Pembantu Tadbir (P/O)
Emel : shuhada_md@upm.edu.my
Tel : 03-8946 8368
Faks : 03-8946 3552