| FACULTY OF FOOD SCIENCE AND TECHNOLOGY

Qurban dan Keselamatan Makanan

Pada 15 Julai 2021 pihak ITAFoS, UPM telah mengadakan sesi Webinar bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang bertajuk “Qurban dan Keselamatan Makanan”. Terdapat tiga panel yang dijemput untuk sesi ini iaitu Dr. Mohammad Razli Abd Razak dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Prof. Dr. Awis Qurni Sazili dari ITAFoS, UPM dan juga Dr. Noor Azira Abdul Mutalib dari Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM. Pada sesi ini, Dr. Noor Azira telah membicarakan berkenaan dengam aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian daging korban. Beliau membicarakan tentang kepentingan keselamatan daging korban, pengendalian daging korban semasa sembelihan, penyimpanan dan semasa memasak bagi mengelakkan berlakunya pencemaran yang boleh mengakibatkan kerugian dan keracunan makanan.  

 

SXDdTAX~