HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Dari Meja Dekan



Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera Selamat datang ke laman Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Penubuhan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan yang telah dimulakan dengan penubuhan Jabatan Sains dan Teknologi Makanan di bawah Fakulti Pertanian pada tahun 1976 telah melalui beberapa proses penstrukturan dan kini mempunyai 3 jabatan akademik: Jabatan Sains Makanan, Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan. Visi Fakulti adalah selari dengan visi Universiti, menjadi sebuah fakulti bereputasi antarabangsa dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan.

Sehingga kini empat (4) program peringkat prasiswazah dan program peringkat siswazah sedang ditawarkan. Program pengajian yang disediakan membolehkan pelajar mempunyai asas yang kukuh dalam bidang pengajiannya serta melahirkan graduan berkemahiran kritikal dan kreatif agar mereka boleh memasuki pasaran kerja dalam industri berkaitan mahupun melanjut pengajian di peringkat siswazah. Proses pembelajaran ini dikendalikan oleh staf akademik yang terlatih kepakaran dalam bidang masing-masing. Kepakaran dan kemahiran mereka ini terserlah melalui banyak kejayaan yang dikecapi dalam negara mahupun luar negara. Kecermerlangan dalam bidang penyelidikan terbukti apabila Fakulti Sains dan Teknologi Makanan pernah diiktiraf sebagai Fakulti 5 bintang di UPM selama tiga (3) tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2010 sehingga tahun 2012.

Sila layari laman Fakulti Sains dan Teknologi Makanan untuk mendapat maklumat lanjut ataupun hubungi alamat di bawah:


Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin
Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang Selangor,
Malaysia
Tel : +603-97698367
Emel : dean.food@upm.my