Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
Makmal Bendalir Supercritical

Pengenalan Pusat Bendalir Superkritikal (Supercritical Fluid Centre):


http://www.sfc.upm.edu.my/

Pusat Bendalir Superkritikal (SFC) telah ditubuhkan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan pada tahun 2009. SFC merupakan projek kerjasama di antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Malaysian Biotechnology Corporation (MBC) di mana ianya bertujuan untuk menjalankan penyelidikan di dalam bidang pengekstrakan dengan menggunakan teknologi hijau iaitu Superkritikal Karbon Dioksida (SC-CO2) sebagai pelarut. Superkritikal CO2 ini merupakan pelarut yang baik kerana ia memberikan kesan ketoksikan yang rendah dan lebih mesra alam berbanding cara konvensional. 

Teknologi :

Teknologi pengekstrakan ini mengambil kelebihan daripada sifat-sifat unik gas, Karbon Dioksida (CO2) pada suhu dan tekanan yang menghampiri dan melebihi titik kritikal (31⁰C @ 7.39 MPa). Pada keadaan superkritikal, CO2 mempunyai ketumpatan yang tinggi seperti cecair serta kadar kemeresapan yang tinggi seperti gas. Superkritikal CO2 ini merupakan teknologi terbaru di dalam dunia pengekstrakan di mana ia boleh mengatasi keterbatasan yang wujud semasa proses penyulingan dan pengekstrakan yang menggunakan cara konvensional.  


Teknologi yang terdapat di SFC adalah seperti berikut :

• Unit Pengekstrakan Soxhlet (Soxhlet Extractor Unit)

• Unit Pengekstrakan (Extraction Unit)

• Unit Fraksinasi (Fractionation Unit)

•Unit Larutan Akueus  Pembentukan Zarah (Aqueous Solution Particle Formation Unit)

•Unit Larutan Organik Pembentukan Zarah (Organic Solution Particle Formation Unit)











Kemaskini Terakhir : Fri, 03 Jun 2016 (shuhada_md)


Jurutera
Pusat Bendalir Superkritikal (SFC)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang,
Selangor
Tel : +603 8947 1352 / 1353
Faks : +603 8942 3522
Emel : food.sfc@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017