HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA RUMAH KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT-TAQWA

PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA RUMAH KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT-TAQWA

Pada 5 Mei 2018 (Sabtu) bertempat di Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa No. 1, Jalan 6/10, Taman Putra Perdana, Puchong, Fakulti dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan FSTM telah mengadakan Program Jalinan Kasih Bersama Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa.

Objektif program ini adalah :

Memberi semangat dan sokongan moral kepada penghuni Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka.

Menyampaikan perabot yang diperlukan bagi kemudahan penghuni Rumah Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa serta sumbangan kewangan bagi persiapan menyambut Ramadhan 1439H.

Menerapkan kefahaman dan amalan yang betul bagi kebersihan makanan dan pengambilan makanan yang seimbang.

Mengadakan sesi motivasi dan ramah mesra di samping menerapkan kepentingan pelajaran dan kemahiran di kalangan peserta. (Amalan kebersihan makanan, Pengambilan makanan seimbang dan motivasi diri, kepentingan pelajaran dan kemahiran.