Pengenalan

Jabatan Teknologi Makanan telah ditubuhkan pada 01 Mac 1982. Sejak penubuhannya, jabatan telah mempelopori bidang pengajaran, penyelidikan dan perundingan dalam bidang pemprosesan dan kejuruteraan makanan. la menawarkan kemudahan seperti loji pepandu, pemprosesan makanan terkini dan makmal sensori yang lengkap.

Jabatan Teknologi Makanan bertanggung jawab menawarkan program Bacelor Sains Pengajian Makanan dengan Kepujian (BSPMKDK) dengan dua pilihan iaitu Pengurusan Makanan dan Pemasaran Makanan dan juga program Bacelor Sains Operasi dan Pembuatan Makanan dengan Kepujian (BSOPMDK). Jabatan ini juga membantu Jabatan Sains Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan menjalankan program Bacelor Sains & Teknologi Makanan dan Bacelor Pengurusan Perkhidmatan Makanan dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang pemprosesan dan kejuruteraan makanan.
Selain daripada itu, jabatan juga menawarkan program Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dengan tesis dalam bidang Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan serta program Master Teknologi Makanan melalui kerja kursus.

 

PEJABAT JABATAN:

 

 Chong Gun Hean (Profesor Madya Dr.)
 BSc. (UPM), MSc. (UPM), Ph.D (UPM)
 Bidang Kepakaran:Kejuruteraan Bendalir Kritikal;   Kejuruteraan   Makanan

 Emel : gunhean@upm.edu.my
 Tel    : 03-9769 8414
 Faks : -
 ORCID:https://orcid.org/0000-0002-6521-1832
 Muat turun CV
 
 Zurainy Mohd Shariff (Pn.) 
 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

 Emel: zurainy@upm.edu.my
 Tel : 03-9769 8355 
 Faks : 03-8948 5970