Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
Informasi Bahagian

PENGENALAN

Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menjalankan urusan pentadbiran program akademik prasiswazah dan mengendalikan urusan hal ehwal pelajar Fakulti. Program yang ditawarkan adalah program sepenuh masa dan terbuka kepada calon lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM.

 

INFO  BAHAGIAN

Fungsi utama Bahagian Akademik dan HEP adalah:

  • mewujudkan sistem pengurusan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti serta bertindak membantu pelajar, pensyarah dan pihak luar menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan akademik;
  • membantu dalam urusan penjadualan, pendaftaran kursus pelajar baru dan lama, pengecualian kursus pelajar, peperiksaan pelajar serta perkara berkaitan akademik yang lain mengikut keperluan pelajar;
  • terlibat dalam urusan pengambilan pelajar yang berkelayakan untuk mengikuti program Fakulti bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan berkualiti;
  • membantu urusan penawaran kursus yang ditawarkan oleh setiap Jabatan (Jabatan Sains Makanan, Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan) bagi setiap semester;
  • bertanggungjawab menguruskan aktiviti pelajar dan penasihatan akademik;
  • memastikan pembahagian dewan kuliah dilakukan dengan sistematik dan bersesuaian agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara kondusif;
  • menasihati dan membantu kelab atau persatuan pelajar (FOSTECH) di Fakulti dalam merencana dan menjalankan aktiviti;
  • menyemak dan menyokong rancangan aktiviti pelajar bagi mendapatkan kelulusan dan pembiayaan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP);
  • memberi khidmat nasihat dari segi prospek dan kerjaya pelajar serta menjalankan aktiviti berkaitan alumni
Kemaskini Terakhir : Thu, 28 Nov 2013 (ira_yusoff)
ArrowLihat Juga
Direktori Staf


Timbalan Dekan
(Akademik & Hal Ehwal Pelajar)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8946 8371
Faks : +603 8946 8416
Emel: food.academic@upm.edu.my
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017