Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
berita

Persidangan Antarabangsa “International Food Safety Conference” (IFSAC 2013) bertemakan “Food Safety: Critical Dimension of Food Security in Emerging Economies” memberikan perhatian terhadap keselamatan makanan sebagai satu bidang kritikal dalam sekuriti makanan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Azman Abu Bakar berkata persidangan itu merupakan platform untuk berkongsi pengetahuan di kalangan penyelidik, pegawai kerajaan serta industri untuk bertukar pandangan penemuan penyelidikan dalam isu keselamatan makanan dalam konteks sekuriti makanan.

“Keselamatan makanan merupakan bidang yang penting dalam sekuriti makanan serta peningkatan dalam keselamatan makanan akan meningkatkan produktiviti, ekonomi dan perdagangan makanan negara di peringkat serantau dan global,” katanya ketika merasmikan 2nd IFSAC 2013 di Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur di sini pada 3 Disember lepas.

Tambah beliau, keselamatan makanan merupakan bidang yang penting dalam sekuriti makanan serta peningkatan dalam keselamatan makanan akan meningkatkan produktiviti, ekonomi dan perdagangan makanan negara di peringkat serantau dan global.

“Kerjasama sebegini amat diperlukan dalam membangunkan penyelesaian dalam isu tersebut serta untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dalam menjamin sekuriti makanan,” katanya.

Pengerusi IFSAC 2013, Prof. Dr. Jinap Selamat berkata FSTM mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan tersebut untuk membincangkan unsur-unsur keselamatan makanan sebagai satu komponen penting dalam keselamatan makanan bagi  meningkatkan kualiti hidup.

“Keselamatan makanan merupakan faktor penting dalam memastikan keselamatan makanan dari segi kuantiti, akses dan ketersediaan makanan yang selamat dan penambahbaikan dalam keselamatan makanan akan meningkatkan produktiviti serta perdagangan makanan di peringkat global,” katanya.

Sebelum itu,  persidangan kali pertama telah diadakan pada Disember 2010 bertemakan Food Safety and Security Under Climate Change.

Sementara itu, Pusat Penyelidikan Keselamatan Makanan (FOSREC),  Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, UPM telah diberi penghormatan bagi pihak Malaysia sebagai tuan rumah mesyuarat SELAMAT Sustainable Network untuk tahun 2013 selepas persidangan tersebut.

‘SELAMAT Sustainable Network’  merupakan pertubuhan antarabangsa bukan kerajaan (NGO) yang keanggotaannya adalah terdiri daripada organisasi yang terlibat dalam bidang keselamatan makanan seperti agensi penyelidikan, universiti dan agensi-agensi kerajaan di rantau Asia dan Eropah. 

Selain dari SELAMAT, konferansi itu dianjurkan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, serta ASEAN-EU Coorporation in Science, Technology and Innovation (EU-SEA-NET).

EU-SEA-NET merupakan organisasi yang sedang menjalankan projek kolaborasi antara Europah dan negara-negara Asia Tenggara dalam isu keselamatan makanan. Penyertaan EU-SEA-NET dalam konferansi ini disokong oleh CIRAD (Agricultural Research for Development), Prancis melalui sub-projek Keselamatan Makanan dalam konteks Sekuriti Makanan, selaras dengan tema konferansi ini.  – UPM



Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017