Pengenalan

Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan ditubuhkan pada 16 Januari 2005 hasil penstrukturan semula Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Pada peringkat awal penubuhan, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan bertanggungjawab menawarkan program untuk Bacelor Sains (Pengajian Makanan) dengan menawarkan kursus-kursus dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan.

Menyedari permintaan pasaran dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan, Fakulti menawarkan program Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan bermula pada Semester 1 sesi 2012/2013. Mulai Semester 1 sesi 2020/2021 Fakulti menawarkan program Bacelor Sains Pengurusan Perkhidmatan Makanan Dengan Kepujian. Bagi menampung proses pengajaran dan pembelajaran, sebuah Kompleks Perkhidmatan Makanan (Food 6) yang dilengkapi dengan sebuah dapur industri termaju untuk latihan perkhidmatan makanan telah siap dibina pada tahun 2005.

Food 6 ini bukan sahaja dapat membantu pengendalian amali bagi bidang pengajian tetapi juga merancakkan aktiviti penyelidikan Jabatan dalam bidang perkhidmatan makanan. Food 6 juga menjalankan aktiviti pengkomersilan melalui L’apprenti Café, L’apprenti Deli dan L’apprenti@Putra Restaurant. Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan juga menawarkan program di peringkat Master dan PhD melalui para pensyarah jabatan yang berkepakaran dalam bidang pengurusan dan perkhidmatan makanan.

 

PEJABAT JABATAN

 
Ungku Fatimah Ungku Zainal Abidin (Dr.)
Ketua Jabatan
B.Sc (UKM), M.Sc (UPM), PhD (Iowa State)
Bidang Kepakaran: Pengurusan Khidmat Makanan
Email: ungkufatimah@upm.edu.my
Tel : 03-97698353

Scopus Google Scholar ResearchGate | ORCID

[Muat turun CV]

Suhaiza Mohd Sobre (Pn.)
Pembantu Tadbir 
Email: suhaiza@upm.edu.my
Tel : 03-97698353