HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Pengenalan

Pada masa ini, Jabatan Sains Makanan mengendalikan program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan. Program ini menekankan latihan keseluruhan dalam bidang sains dan teknologi makanan yang akan tercapai dengan adanya kursus teras yang ditawarkan seperti kimia dan analisis makanan, keselamatan makanan, mikrobiologi makanan, kejuruteraan dan pemprosesan makanan dan juga sains makanan gunaan.

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan mengambil masa selama 4 tahun (8 semester) dengan jumlah minimum 126 jam kredit sebagai syarat untuk bergraduat. Di samping itu juga, para pelajar dikehendaki mengikuti program latihan industri di mana-mana sektor awam dan swasta, menyediakan laporan tesis dan menyampaikan penemuan saintifik dalam bentuk seminar dan penulisan projek ilmiah tahun akhir.

Kandungan kursus digubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi pemprosesan makanan seperti bioteknologi makanan, teknologi molekul dan elemen undang-undang piawaian antarabangsa, komunikasi dan pengurusan air dan sisa industri. Program ini akan melahirkan graduan Sains dan Teknologi Makanan yang dapat memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versatil serta mempunyai kelebihan berdaya saing. Ini akan memangkinkan perkembangan industri makanan melalui penyerapan graduan BSTM dalam sektor pekerjaan.

 

PEJABAT JABATAN:

 
BSc. [UPM], MSc. [UPM], PhD [Guelph]

Bidang Kepakaran
Bidang Utama: Sains Makanan
Sub-bidang: Keselamatan Makanan; Diagnostik

Maklumat Hubungan
Pejabat: C3-18, Aras 3, Food 4
Tel: +603-9769 8254
Wan Nur Ain Wan Ali (Pn.)
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
wannurain@upm.edu.my
Tel: +603-9769 8375