Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
BACELOR SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT


SINOPSIS

  1.                   

FST3110

Biokimia Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini merangkumi komponen-komponen utama dan proses biokimia yang berlaku dalam sistem hidupan.  Tajuk yang diliputi termasuk: air dan larutan penimbal; enzimologi termasuk kinetik enzim, mekanisma tindakbalas, faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim dan pengawalan aktiviti enzim; bioenergetiks, laluan metabolik biomolekul utama; mekanisma transkripsi dan translasi, dan fotosintesis.

  2.                   

FST3111

Kimia Komponen Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi ciri kimia dan fizikal komponen makro dan mikro makanan khususnya air, karbohidrat termasuk serat dietari, protein dan enzim, lipid, vitamin, mineral, pigmen, perisa, bahan toksik semulajadi, bahan pencemar, dan aditif makanan. Peranan komponen tersebut dalam sistem makanan akan juga diliputi. Perkaitan di antara struktur dan kefungsian komponen berkenaan dalam makanan akan dibincangkan.

  3.                   

FST3112

Analisis Kimia Makanan

 

2(0+2)

Kursus   ini   meliputi   analisis   kimia  makanan dan aspek praktik penganalisisan komponen makro dan mikro makanan yang menggunakan kaedah kimia dan instrumentasi. Pelajar juga dibimbing dalam menyediakan protokol am yang terlibat dalam pembangunan strategi bagi analisis ciri kimia sesuatu makanan.

  4.                   

FST3113

Perubahan Pemakanan Dalam Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi sumbangan dan kepentingan nutrien ke atas kesihatan. Syor Diet Harian (Recommended Dietary Allowance; RDA), pemakanan untuk golongan tertentu dan penilaian status pemakanan.  Penekanan juga akan diberi ke atas perubahan kualiti nutrien semasa pemprosesan dan penstoran makanan.

  5.                   

FST3201

Mikrobiologi Makanan Asas

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengenalan kepada mikrobiologi dan teknik asas yang digunakan di makmal, sifat mikro-organisma dan pengkelasan, struktur dan fungsi sel prokariot dan eukariot, pengkulturan pemeliharaan bakteria, pembiakan dan tumbesaran, metabolisma dan biosintesis, kawalan tumbesaran mikrob, pemusnahan mikroorganisma, mutasi, kejuruteraan genetik, tindakbalas rentanan dan imun, sifat yis, fungi dan virus bawaan makanan.

  6.                   

FST3202

Mikrobiologi Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi peranan dan kepentingan mikroorganisma dalam makanan dan persekitaran, faktor yang mempengaruhi tumbesaran mikroorganisma dalam makanan, kesan pemprosesan dan pengawetan makanan ke atas tumbesaran dan kemandirian mikroorganisma, aktiviti mikroorganisma yang menyebabkan keracunan dan kerosakan makanan, kualiti makanan dan air dari sudut mikrobiologi, organisma penunjuk dan HACCP, probiotik dan mikroorganisma bermanfaat.

  7.                   

FST3304

Operasi Unit Pemprosesan Makanan I

4(3+1)

Kursus  ini   meliputi   prinsip-prinsip   operasi   unit fizikal dan sampingan dalam pemprosesan makanan. Ini termasuk pengecilan saiz dan penurasan pepejal, penghomogenan dan pengemulsian, pencampuran, teknik pemisahan dan pengekstrakan. Teknik yang berkaitan dengan makanan terproses seperti pembungkusan, penyempritan dan pembentukan juga akan dibincangkan.

  8.                   

FST3305

Operasi Unit Pemprosesan Makanan II

3(2+1)

Kursus ini meliputi prinsip operasi unit pengawetan dalam pemprosesan makanan, teknik pengawetan seperti pemprosesan terma, pengawetan suhu rendah, pengeringan, penyejatan dan pemekatan, pemprosesan tekanan tinggi dan penyinaran makanan.

  9.                   

FST3401

Asas Kejuruteraan Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi pengenalan kepada kejuruteraan makanan, unit dan dimensi, analisis dimensi, imbangan jisim dan tenaga, termodinamik dan refrigerasi, aliran bendalir, pemindahan haba dan jisim pemindahan haba tak mantap, psikrometri. Amali yang dijalankan menekankan prinsip asas kejuruteraan makanan.

10.

FST4001

Makanan Halal

2(2+0)

Kursus ini meliputi konsep makanan halal dan haram dalam Islam, sumber makanan halal dan haram, kaedah penyembelihan, konsep pemprosesan makanan halal dari ladang ke pinggan, ramuan dan aditif makanan halal. Kursus ini juga membincangkan peraturan dan perundangan berhubung dengan makanan halal, analisis, piawaian makanan halal MS1500:2004, pensijilan dan logo halal, kaitan halal dan sistem kualiti dan insentif produk halal. Isu semasa dalam industri dan pasaran makanan halal global juga akan dibincangkan.

11.                 

FST4405

Sifat Kejuruteraan Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi sifat kejuruteraan makanan merangkumi sifat fizikokimia bahan biologi dan makanan, air dan sifat makanan, sifat reologi makanan pepejal, sifat reologi makanan viskoelastik,  sifat terma makanan, sifat aerodinamik dan hidrodinamik makanan, dan sifat optik makanan.

12.                 

FST4406

Rekabentuk Proses dan Loji Makanan

4(4+0)

Kursus ini meliputi prinsip dan prosedur dalam membangun dan merencana loji dalam industri makanan, perkembangan proses dan projek makanan, penilaian proses dan loji makanan, penilaian projek dan pelaburan, pemilihan dan spesifikasi alatan, pemilihan tapak dan susun atur loji, pengurusan projek makanan, pengurusan sistem kawalan kualiti dan keselamatan proses dan loji makanan, kajian kes perancangan perniagaan projek makanan.

13.                 

FST4407

Pengurusan Operasi Loji Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi pengurusan operasi loji makanan pra-operasi loji, semasa operasi loji, pengoptimuman operasi, pasca operasi, pembaikan operasi, teknologi pembuatan terkini, kajian kes pembuatan dan pemasaran produk.

14.                 

FST4501

Kejuruteraan Genetik Dalam Sains Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi kejuruteraan genetik dalam sains makanan merangkumi teknik asas manipulasi dan pengklonan gen, prosedur pengklonan, pengklonan vektor, teknologi PCR, kejuruteraan genetik dan isu terkini.

15.                 

FST4502

Enzim Dalam Pemprosesan Makanan

3(3+0)

Kursus   ini   meliputi   enzim   dalam   pemprosesan makanan merangkumi sejarah dan tren penggunaan enzim, sifat enzim, sumber enzim dalam industri, penghasilan enzim industri, aplikasi enzim dalam industri, status enzim dalam peraturan makanan, dan isu terkini penggunaan enzim.

16.                 

FST4503

Proteomik Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi proteomik makanan merangkumi definisi dan kepentingan proteomiks dengan sains dan teknologi makanan, struktur dan fungsi protein, kesan pemprosesan, kebolehdapatan bio, pengekstrakan dan penulinan protein, dan pencirian protein.

17.                 

FST4504

Mikrobiologi Industri Makanan

4(3+1)

Kursus ini meliputi prinsip fermentasi dan kegunaan mikroorganisma dalam industri makanan. Topik meliputi industri makanan, pasaran tempatan dan global, jenis fermentasi, kultur pemula, industri makanan terfermentasi dan perkembangan, ramuan makanan yang dihasilkan melalui teknologi fermentasi dan perubahan tekstur dan perisa semasa penuaan dan pematangan.

18.                 

FST4601

Keselamatan Mikrobiologi Makanan

4(3+1)

Kursus ini meliputi keselamatan mikrobiologi makanan merangkumi ciri keselamatan makanan, mikroorganisma yang menyebabkan infeksi dan intoksikasi makanan, keberkesanan proses merencat atau membunuh mikroorganisma, teknik epidimiologi, mikrobiologi prediktif dan keselamatan makanan.

19.                 

FST4602

Keselamatan Kimia Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi keselamatan kimia makanan merangkumi prinsip toksikologi, faktor yang mempengaruhi ketoksikan, kaedah penilaian keselamatan makanan di dalam makmal, penilaian keselamatan makanan, risiko,  toksikan dalam makanan, kontaminan makanan dan keselamatan, dan isu semasa.

20.                 

FST4603

Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Analisis Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi aktiviti makmal analisis makanan, pengurusan makmal, interpretasi klausa pengurusan dan aplikasinya, interpretasi klausa teknikal dan aplikasinya, bahaya dan keselamatan di makmal, dan langkah keselamatan.

21.                 

FST4604

Pemastian Kualiti Hasilan Haiwan

3(3+0)

Kursus ini meliputi proses pembentukan dan penguatkuasaan piawaian antarabangsa, perundangan berkaitan spesifikasi piawaian antarabangsa serta implikasi ketidak patuhan kepada spesifikasi tersebut, parameter dan pemastian kualiti hasilan haiwan, pelabelan dan isu semasa yang berkaitan.

22.                 

FST4605

Pemastian Kualiti Hasilan Tumbuhan

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi piawaian antarabangsa hasilan tumbuhan, pembentukan dan penguatkuasaan piawaian antarabangsa, definisi dan kualiti hasilan tumbuhan, aspek perundangan, spesifikasi dan pelaksanaan piawaian antarabangsa, pemastian kualiti hasilan minyak dan lemak, buah dan sayur, bijirin dan hasilan lain, keperluan pelabelan dan isu semasa yang berkenaan.

23.                 

FST4606

Kaedah Pantas Dalam Analisis Makanan

3(1+2)

Kursus ini meliputi genetik asas dalam  tumbuhan dan  haiwan, prinsip asas dan aplikasi diagnostik dan pembangunan kit teknologi pantas untuk análisis makanan.

24.                 

FST4607

Toksikologi Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi pembelajaran tentang aspek-aspek asas kimia dan biologi dalam toksikologi makanan, biotransformasi, penilaian risiko, bahan toksik semulajadi, bahan pencemar, dan aditif makanan. Peranan dan kesan sampingan bahan-bahan tersebut dalam sistem makanan akan juga diliputi. Perkaitan di antara bahan kimia dalam makanan dan mekanisma pembentukan kanser dalam makanan akan turut dibincangkan.

25.                 

FST4701

Kimia Makanan Fungsian

 

4(4+0)

Kursus ini meliputi sebatian fungsian dalam makanan, kebaikannya kepada kesihatan dan mekanisma yang dicadangkan, kesan pemprosesan terhadap sebatian bioaktif, keboleh-dapatanbio, kawalan kualiti dan piawaian, kajian keberkesanan, isu keselamatan, status peraturan serta prospek masa hadapan makanan fungsian.

26.                 

FST4702

Isu Dan Kontroversi Dalam Makanan Fungsian

 

3(3+0)

Kursus ini meliputi manfaat bahan antioksida fitokimia, asid lemak perlu dan kefungsian makanan berasas susu. Kesan pemprosesan ke atas efikasi, kebolehdapatanbio dan keselamatan ramuan bioaktif. Pengadukan, GMP, isu pelabelan dan GMF juga akan diliputi.

27.                 

FST4703

Metabolisma Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini merangkumi aspek klasifikasi, sumber, fungsi, pemakanan, metabolisma, petanda kekurangan dan berlebihan nutrien makro dan mikro seperti protein, lipid, karbohidrat, serat diet, vitamin dan mineral. Keseimbangan tenaga akan juga dibincangkan.

28.                 

FST4704

Makanan Untuk Kumpulan Khusus

 

3(3+0)

Kursus ini merangkumi aspek pengambilan makanan bagi kumpulan khusus, simtom klinikal, gangguan  pemakanan (kardiovaskular, sindrom metabolik, kanser, gout, endokrin dll.) dan isu semasa mengenai hubung kait di antara makanan dan kesihatan. Kajian kes dan penilaian status pemakanan akan dijalankan.

29.                 

FST4807

Seminar

1(1+0)

Kursus  ini  merangkumi pembentangan penemuan projek penyelidikan yang dijalankan.

30.                 

FST4821

Kimia dan Teknologi Hasilan Tumbuhan dan Haiwan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kimia dan teknologi hasilan tumbuhan dan haiwan meliputi perubahan fisiko-kimia dan biokimia lemak dan minyak, buah dan sayur, kekacang dan bijirin, daging, makanan laut dan tenusu semasa pengendalian, pemprosesan dan penyimpanan.

31.                 

FST4822

Amali Kimia dan Teknologi Hasilan Tumbuhan dan Haiwan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi amali pemprosesan hasilan komoditi tumbuhan dan haiwan.  Kursus ini memberi pendekatan secara praktik untuk memahami kaitan fungsian komponen makanan ke atas kualiti hasilan komoditi makanan.

32.                 

FST4823

Kebersihan Makanan Dan Sanitasi

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip kebersihan dan sanitasi dalam industri makanan, meliputi pelbagai aspek sanitasi seperti jangkitan, kebersihan, kaedah penentuan kebersihan, unsur sanitasi,  kualiti air, kotoran, teknologi permukaan, teknologi pembersihan, rekabentuk bersih dan  konsep Cleaning In-Place (CIP).

33.                 

FST4824

Pengurusan Kualiti Makanan

 

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pengurusan kualiti makanan meliputi konsep pengurusan kualiti makanan, aplikasi statistik dalam kawalan proses, variasi dan indeks kebolehan, atribut kualiti, persampelan, kebolehan proses, carta kawalan, sistem pengurusan kualiti, Halal, Tepat-Pada-Waktu, dan First In First Out, dan sistem pengurusan keselamatan makanan.

34.                 

FST4825

Perundangan Makanan

2(2+0)

Kursus ini meliputi perundangan makanan di Malaysia merangkumi Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985 termasuk pentadbiran dan penguatkuasaan, perlantikan juruanalisis dan pegawai penguatkuasa, kuasa dan prosedur persampelan, piawaian, pembungkusan dan   pelabelan  makanan, aditif     dan zat   makanan, kuasa membuat peraturan, pendakwaan serta pemanggilan balik produk. Undang-undang Malaysia lain yang   berkaitan dengan industri makanan, peranan Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja, Codex Alimentarius dan pergerakan pengguna juga akan dibincangkan.

35.                 

FST4828

Pembangunan Produk Makanan Baharu

3(1+2)

Kursus ini merangkumi pembangunan produk makanan baharu yang meliputi peranan dan kepentingan perkembangan produk baharu dalam syarikat pengeluaran makanan, takrifan produk, penjanaan idea, tinjauan pengguna, penilaian dan penyaringan idea. Pelajar akan dilatih tentang kaedah membina konsep produk, merancang  projek, menghasilkan prototaip, menguji dan mengenalpasti kecacatan produk serta menyelesaikan masalah. Pelajar akan berpengalaman dalam proses pembangunan produk, merancang pengeluaran menjalankan ujian pengguna, pemasaran dan pelancaran produk.

36.                 

FST4829

Penilaian Deria Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi konsep penilaian deria serta kegunaannya, kaedah penilaian deria, pemilihan dan latihan ahli panel, format dan tatacara memperolehi data, penyediaan dan persembahan sampel, faktor mempengaruhi pengukuran penilaian deria, pengujian pengguna dan analisis data.

37.                 

FST4914

Kejuruteraan Sisa Industri Makanan

2(2+0)

Kursus ini merangkumi kejuruteraan sisa industri makanan meliputi sumber dan klasifikasi sisa industri, masalah pengurusan sisa, proses rawatan sisa secara fizikal dan kimia, integrasi proses fizikal dan biologi, proses rawatan sisa secara terma, dan strategi pengurangan sisa.

38.                 

FST4920

Pembungkusan Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi pembungkusan makanan meliputi konsep dan fungsi pembungkusan, perlindungan makanan, bahan pembungkus dan pembuatan, kaedah ujian terhadap bahan pembungkus, jenis kegagalan dalam pembungkusan, bentuk sistem pembungkusan, pembungkusan dan aplikasi, alatan pembungkusan, peraturan dan undang-undang pembungkusan makanan, dan  perkembangan semasa dan masa depan dalam bidang pembungkusan makanan.

39.                 

FST4921

Pengendalian Lepastuai Buahan dan Sayuran

3(2+1)

Kursus ini merangkumi pengendalian lepastuai buahan dan sayuran meliputi  perubahan biokimia dan biofisikal lepastuai, aktiviti pengendalian lepastuai, kriteria kualiti dan indeks kematangan, kaedah rawatan, peranan dan kesan pembungkusan, suhu dan kelembapan relatif. Pembaziran lepastuai dan gangguan fisiologi semasa penstoran buahan dan sayuran akan juga dibincangkan.

40.                 

FST4922

Kimia dan Teknologi Minyak dan Lemak

3(2+1)

Kursus ini merangkumi kimia dan teknologi    minyak dan lemak meliputi komposisi dan ciri pelbagai jenis kumpulan, teknologi pemprosesan, analisis lemak dan minyak, ciri fizikal lemak, minyak dan produk terbitan lemak, tindakbalas kerosakan lemak dan minyak, teknologi modifikasi minyak, teknologi pembuatan produk minyak, lemak dan lemak khusus, aspek persekitaran pemprosesan lemak dan minyak dan kajian kes.

41.                 

FST4923

Teknologi Bijirin dan Kekacang

3(2+1)

Kursus ini merangkumi teknologi bijirin dan   kekacang meliputi penggunaan, penghasilan dan penilaian kualiti bijirin dan kekacang serta hasilannya, isu semasa dan penemuan baru.

42.                 

FST4924

Teknologi Tenusu

3(2+1)

Kursus ini merangkumi komposisi susu, fisiologi laktasi, pemprosesan susu cair, hasilan susu cair dan pekat, klasifikasi dan terminologi krim, mentega dan AMF, klasifikasi dan terminologi aiskrim, pemprosesan yogurt, keju dan susu tepung,  sistem sanitasi dan nyahinfeksi dan penemuan terbaru dalam teknologi tenusu.

43.                 

FST4925

Teknologi Minuman

3(2+1)

Kursus ini merangkumi klasifikasi minuman, kaedah pemprosesan jus buahan, minuman kopi dan teh, minuman berkarbonat, minuman fungsian dan kesihatan termasuk minuman air botol. Penekanan diberi  keatas peralatan yang digunakan, ramuan dan fungsi spesifik, kestabilan produk dan  kualiti, aspek perundangandan spesifikasi produk.

44.                 

FST4926

Teknologi Daging

3(2+1)

Kursus ini merangkumi tren dalam industri daging dan corak pengambilan daging, mekanisma dalam pengecutan otot, penyembelihan haiwan, teknik pengawetan dan pengkiuran, sosej dan hasilan hancur, hasilan bentuk semula, penyalutan hasilan daging, hasilan kering dan separa kering, pembungkusan dan pengedaran hasilan daging.

45.                 

FST4927

Teknologi Konfeksionari Coklat dan Gula

3(2+1)

Kursus ini merangkumi jenis dan ciri produk konfeksionari, ramuan dalam pembuatan coklat, pembuatan konfeksi, kualiti  produk coklat, ramuan konfeksi gula dan kualiti, sifat konfeksi  gula dan pembuatan konfeksi lain.

46.                 

FST4928

Teknologi Hasilan Akuatik

3(2+1)

Kursus ini merangkumi ciri-ciri fisikal, kimia dan biokimia hasilan akuatik, pengendalian selepas penangkapan; prinsip pengawetan pada suhu rendah, teknologi pemprosesan surimi dan hasilannya, hasilan sampingan industri akuatik, teknik pengawetan, proses pengetinan dan pengawalan kualiti makanan akuatik.

47.                 

FST4929

Pengurusan Air dan Air Buangan Industri Makanan

3(2+1)

Kursus ini meliputi pandangan keseluruhan pengurusan air, bekalan dan pengurusan air, sifat kimia air, rawatan air konvensional, rawatan air lanjutan, pengurusan air sisa, rawatan primer, sekunder dan tertier, pertimbangan ekonomik dan reka bentuk, dan isu semasa.

48.                 

FSM4901

Latihan Industri

12(0+12)

Kursus ini meliputi latihan industri selama 24 minggu di agensi kerajaan atau beberapa syarikat atau kilang industri yang terpilih. Latihan dikendalikan bersama oleh penyelaras dan seorang penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat atau kilang tersebut.

49.                 

FST4999

Projek Ilmiah Tahun Akhir

 

4(0+4)

Pelajar akan menjalankan projek yang dipersetujui oleh penasihat akademik masing-masing. Ini merangkumi cadangan penyelidikan, rekabentuk eksperimen, pengumpulan data yang boleh melibatkan kerja amali, keputusan dan perbincangan. Di akhir semester pelajar dikehendaki untuk menghantar laporan akhir untuk penilaian.

Kemaskini Terakhir : Fri, 20 Dec 2013 (syamunazzah)


Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8946 8371
Faks : +603 8946 8416
Emel : food.academic@upm.edu.my 
 

Jabatan Sains Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8946 8375
Faks : +603 8942 3552
Emel : food.science@upm.edu.my
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017