Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan 

Kod dan Nama Program          : PG09 - Bacelor Sains dan Teknologi Makanan

Tempoh Pengajian                   : 8 Semester

Maklumat Ringkas Program

Program Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) menawarkan lima (5) bidang pengkhususan iaitu Pemprosesan dan Kejuruteraan Makanan, Bioteknologi Makanan, Keselamatan Makanan dan Pemastian Kualiti, Makanan Fungsian dan Pemakanan dan Keusahawanan.

Program ini akan dapat menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya maju dalam pelaksanaan kerja untuk pelbagai sektor pekerjaan yang terlibat dengan pengeluaran dan pemprosesan makanan, kawalan kualiti makanan, pengembangan hasil, penyelidikan dan pengurusan. Graduan berkepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi Makanan dan mampu menjalankan aktiviti industri hiliran pertanian secara komersial dan moden selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. 

Kandungan kursus di gubal selaras dengan perkembangan terkini dalam teknologi makanan yang melibatkan penggunaan pengetahuan seperti bioteknologi makanan, undang-undang piawaian antarabangsa dan pengurusan air dan sisa industri. Program
ini juga menghasilkan graduan yang dapat memenuhi ekspektasi pasaran kerja, aspirasi negara, versatil serta mempunyai kelebihan berdaya saing. Ini dapat memangkin pembangunan industri makanan melalui penglibatan graduan BSTM dalam
sektor pekerjaan.

Peluang Kerjaya

Graduan Bacelor Sains dan Teknologi Makanan (BSTM) mempunyai banyak peluang pekerjaan sama ada dalam sektor swasta atau awam. Antaranya kerjaya sebagai penganalisis makanan, pegawai keselamatan makanan, pegawai penyelidik, pegawai penguatkuasa makanan halal, pegawai pengeluaran, pegawai pemasaran makanan, eksekutif penyelidikan dan pembangunan produk makanan dan usahawan.

Selain itu, terdapat juga graduan BSTM yang sedang berkhidmat di kilang-kilang pembuatan makanan seperti Nestle, Ajinomoto, UPALI, Dewina Foods, Yeo Hiap Seng, Gardenia, Ramly Burger serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran dan perkhidmatan makanan seperti Mc Donalds dan KFC. Terdapat juga graduan BSTM yang berkhidmat di sektor awam seperti di Kementerian Kesihatan sebagai pakar teknologi makanan dan sebagai pegawai penyelidik di MARDI, PORIM, LKIM serta LKM.


A. Pengambilan Pelajar (Pelajar Tempatan & Antarabangsa)

Pelajar Tempatan
Permohonan boleh dibuat secara online di http://www.mohe.gov.my/portal/

Pelajar Antarabangsa
Permohonan boleh dibuat secara online di http://smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpApplicantSetup


B. Syarat-Syarat Kemasukan:

Syarat Am Universiti

  1. Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setara;
    3. Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya;

                       - Gred C (NGMP 2.00) dalam matapelajaran Pengajian Am; dan
                       - Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) matapelajaran lain; dan

    1. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

  1. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains Pertanian UPM / Tahun Asas UTM
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia peringkat SPM / setara;
    3. Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains Pertanian UPM/ Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

 

  1. Calon Kelayakan Setara
    1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setara dengan baik;
    2. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM / setara;
    3. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf dengan setaranya oleh kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
    4. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Syarat Khas Program

  1. Calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

    Memenuhi syarat Am Universiti serta keperluan khas program iaitu lulus sekurang-kurangnya Gred C+ (NGMP 2.33) dalam matapelajaran kimia pada peringkat STPM.

 

  1. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi Sains Pertanian UPM / Tahun Asas UTM

    Memenuhi syarat Am Universiti serta keperluan khas program iaitu lulus sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.40; dan sekurang-kurangnya Gred C+ matapelajaran kimia.

 

  1. Calon Kelayakan Setara

    Memenuhi syarat Am Universiti serta keperluan khas program iaitu Diploma dalam bidang yang sesuai atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat UPM.

 

Kemaskini Terakhir : Thu, 28 Nov 2013 (ira_yusoff)
ArrowLihat Juga
Jabatan Sains Makanan
Brosur Program Prasiswazah Fakulti



Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8946 8371
Faks : +603 8946 8416
Emel : food.academic@upm.edu.my 

Jabatan Sains Makanan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400, UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : +603 8946 8375
Faks : +603 8942 3552
Emel : food.science@upm.edu.my
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017