Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Khamis - 23 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
mengenai fostech

FOSTECH

FOSTECH adalah singkatan kepada Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.  Ditubuhkan pada bulan November 2004 dan semua  pelajar prasiswazah Fakulti adalah secara automatik menjadi ahli berdaftar dalam persatuan ini.

FOSTECH diuruskan oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih dari Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan setiap tahun.

Objektif penubuhan FOSTECH ialah:

  • Membantu membentuk Kemahiran Insaniah pelajar melalui aktiviti yang dianjurkan supaya ianya menjadi nilai tambah kepada pelajar agar dapat bersaing di pasaran pekerjaan.
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan di dalam fakulti melalui aktiviti yang dijalankan.

AKTIVITI – AKTIVITI  FOSTECH  TAHUN 2013

MALAM SECANGKIR KASIH

TARIKH : 26 MEI 2013
TEMPAT: PULLMAN HOTEL , PUTRAJAYA

MASEKA atau Malam Secangkir Kasih adalah satu majlis yang bertujuan meraikan pelajar tahun akhir Fakulti Sains Dan Teknologi Makanan yang bakal bergraduat tidak lama lagi. Majlis ini dihadiri khususnya dari kalangan pelajar tahun akhir dan pemenang anugerah yang terdiri daripada pelajar tahun akhir.

Secara umumnya, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar dan warga fakulti itu sendiri disamping memupuk keperibadian yang tinggi sebagai mahasiswa yang  serba boleh dalam pelbagai bidang. MASEKA juga merupakan platform untuk menghargai pelajar - pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga kokurikulum.

Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak terutamanya daripada pihak fakulti dan pihak UPM . Sokongan ini berjaya memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar selain dapat mencapai matlamatnya demi mewujudkan tali ikatan persaudaraan dan juga mengimbau kenangan bersama pelajar tahun akhir.

 

MALAM PERMATA IMAN 

TARIKH :  6 JUN 2013
TEMPAT : SURAU KOLEJ SERUMPUN, UPM

Malam Permata Iman (MPI) merupakan satu majlis bacaan yasin, doa selamat, dan solat hajat sempena Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2012/2013. Disamping itu, majlis ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan ukhwah sesama pelajar terutamanya ahli- ahli persatuan mahasiswa Fakulti Sains Dan Teknologi Makananan (FOSTECH).

Program ini juga bertujuan untuk melatih setiap ahli jawatan kuasa untuk membina kemahiran mengurus sesuatu program dan secara tidak langsung dapat mewujudkan kemahiran bekerja dalam pasukan serta sifat kepimpinan yang tinggi. Majlis ini juga dapat memberi pendekatan dan penghayatan islam kepada para pelajar untuk memuhasabahkan diri  sebelum menghadapi peperiksaan akhir.

MPI merupakan sebuah program berbentuk keagamaan dan juga kesedaran yang dapat menyuntik semangat untuk gigih berusaha untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan juga akhirat. Elemen keagamaan merupakan terapi yang berkesan untuk memberi kelapangan fikiran dan juga perasaan seterusnya melenyapkan tekanan peperiksaan yang dihadapi oleh para pelajar.
   HARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN 

TARIKH : 3 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : LAMAN MAHASISWA FSTM , FOOD CYBER FSTM DAN DKTM 1

Hari pendaftaran pelajar baru fakulti merupakan  sebuah program kerjasama FOSTECH dan pihak pengurusan fakulti  untuk meraikan  pelajar baru ke fakulti serta menyempurnakan pendaftaran mereka. FOSTECH dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator pembimbing kepada pelajar-pelajar baru untuk membantu dari segi pendaftaran pelajar mengikut program-program yang ditawarkan oleh fakulti.

Selain itu, FOSTECH juga membantu dari segi pendaftaran kursus dengan memberikan tunjuk ajar penggunaan Sistem Maklumat Pelajar  ( SMP). FOSTECH turut diberikan slot khas untuk mempromosikan persatuan serta aktiviti-aktiviti yang telah dan bakal dijalankan. Program ini secara tidak langsung dapat memberikan kejelasan persatuan ini  ditubuhkan serta tugas ahli jawatankuasa tertinggi FOSTECH.


PERJUMPAAN AHLI-AHLI JAWATANKUASA FOSTECH

TARIKH : 10 SEPTEMBER 2013
TEMPAT : DKTM 1

Perjumpaan ini merupakan perjumpaan buat pertama kalinya yang melibatkan semua ahli-ahli FOSTECH. Perjumpaan ini bertujuan untuk meraikan ahli-ahli baru FOSTECH serta

Menjadi platform untuk menarik minat ahli-ahli untuk mengikuti semua program anjuran FOSTECH. Perjumpaan ini juga menjadi medium kepada semua ahli FOSTECH  untuk bergaul dan berkenalan .Antara agenda perjumpaan tersebut ialah untuk menerangkan dengan lebih lanjut lagi mengenai semua aktiviti –aktiviti yang bakal dianjurkan FOSTECH. Agenda lain yang diketengahkan dalam perjumpaan tersebut ialah rekaan baju korporat FOSTECH.

 

ENGLISH BUDDIES PROGRAM 

TARIKH : 25,26,27 OKTOBER 2013
TEMPAT : HUTAN SIMPAN UPM, PUCHONG

ENGLISH BUDDIES PROGRAM edisi dua merupakan sebuah program anjuran bahagian pengurusan sumber FSTM dengan kerjasama FOSTECH. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 5 dari SMK NENASI , PEKAN , PAHANG yang juga merupakan sekolah angkat fakulti. Program ini berlangsung di Hutan Simpan Upm, Puchong selama 3hari 2malam. Signifikan program ini ialah untuk memperkasa dan memperbaiki kemahiran para pelajar bertutur serta menulis dalam Bahasa inggeris. Jentera penggerak dalam program ini melibatkan 11 orang fasilitator yang bertindak sebagai tenaga pengajar, keselamatan serta penyelia aktiviti berjaya melicinkan perjalanan program. Aktiviti-aktiviti yang dipilih merangkumi semua kemahiran asas dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan berkonsepkan interaktif. Konsep ini dipilih untuk menarik minat para pelajar untuk mendalami dan memahami  Bahasa Inggeris dengan pantas dan efisyen.Selain itu, para pelajar turut menyertai lawatan khas ke UPM serta berpeluang menyaksikan acara konvokesyen UPM. Aktiviti ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara pihak fakulti dan sekolah tersebut. Selain itu, aktiviti ini juga mampu melahirkan mahasiswa yang serba boleh dalam pelbagai bidang malah berbakti kepada masyarakat.

FOSMILY DAY

TARIKH : 9 DAN 10 NOVEMBER 2013
TEMPAT : HOMESTAY KAK ANI, KAMPUNG JIMAH LAMA, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

RASIONAL PROGRAM :

FOSMILY DAY
ialah hari keluarga Fakulti Sains dan Teknologi Makanan yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM). Program  ini melibatkan pelajar dari kalangan pelajar tahun satu dan pelajar tahun dua yang di  anjurkan sendiri oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH). Selain itu, program ini juga bertujuan untuk membawa para pelajar keluar dari kawasan kampus sambil menikmati panorama alam sekitar di tempat lain selain mengurangkan tekanan belajar.

Program ini bukan sahaja untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar, malahan di dalam program ini juga akan diterapkan Kemahiran-kemahiran Insaniah (KI) seperti yang dituntut oleh Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia. Diharap, menerusi program-program seperti ini pelajar tidak perlu hanya terkongkong di dalam pembelajaran di dalam kuliah malahan dapat juga menimba pengetahuan menerusi program-program luar kampus seperti ini.

LAWATAN KE KILANG VITTAGEN

TARIKH : 31 OKTOBER 2013
TEMPAT : MALAYSIA MILK SDN BHD AND COTRA ENTREPRISES SDN BHD, PETALING JAYA

RASIONAL PROGRAM :

Lawatan ke  Malaysia Milk Sdn Bhd dab Cotra Entreprises Sdn Bhd yang berlokasi di Petaling Jaya merupakan sebuah lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh FOSTECH. Kilang ini merupakan kilang yang memproses and mengedar pelbagai varieti minuman kepada rakyat Malaysia iaitu Vitagen dan Susu Marigold. lawatan ini dibuat untuk meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar mengenai cara pemprosesan produk minuman ini di kilang dan cara pengendalian yang betul untuk memastikan kualiti minuman tersebut terjaga. Lawatan ini juga bertujuan untuk mendidik para pelajar tentang kebaikan dan kepentingan meminum minuman susu kultur dan signifikannya terhadap kesihatan usus. Semua pelajar dibawa masuk ke kawasan kilang sebelum diberi  penerangan lanjut oleh pegawai yang ditugaskhan untuk menyelia lawatan tersebut.

WALKATHON ALUMNI 2013

TARIKH : 21 DISEMBER 2013
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN FAKULTI DAN KAMPUS
 RASIONAL PROGRAM :

WALKATHON ALUMNI 2013 merupakan satu program yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH) bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pelajar alumni, pelajar semasa, staf fakulti, pegawai akademik dan wakil industri makanan. Program ini dijalankan pada 21 disember 2013 bertempat di kawasan tempat letak kereta berhadapan bangunan Food 3, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. Disamping dapat mendedahkan pelajar semasa yang bakal melapisi bidang teknologi makanan dengan individu-individu yang sudahpun menceburi bidang ini.  Program ini juga bertujuan untuk meneruskan usaha mengumpul dana tabung kebajikan alumni Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM). Setiap tahun jawatankuasa alumni fakulti akan mengadakan aktiviti untuk ahlinya seperti Majlis Makan Malam Alumni yang diadakan pada tahun 2011 dan Food For Fund pada tahun 2012. Program ini dibuat bagi meneruskan aktiviti yang diadakan setiap tahun untuk pelajar alumni FSTM. Ia juga diadakan serentak dengan aktiviti Food Products Development Launching anjuran Jabatan Teknologi Makanan. Selain itu, program ini sebagai salah satu usaha fakulti menggalakan gaya hidup sihat kepada warga fakulti sambil berpeluang menikmati panorama alam sekitar di fakulti dan universiti. Menerusi program-program seperti ini dapat memberi peluang kepada setiap orang untuk mencipta suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Seramai 39 peserta yang mengambil bahagian di dalam program ini.

Kemaskini Terakhir : Wed, 30 Apr 2014 (ira_yusoff)
ArrowLihat Juga
FB FOSTECH


Persatuan Mahasiswa
Fakulti Sains & Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang, Selangor
(d/a: Bahagian Akademik & Hal Ehwal Pelajar)

Emel: food.fostech@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017