Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
Ahad - 26 Februari 2017
  • Facebook
  • Youtube
  • Google
Makmal Teknologi Beras UPM-BERNAS

Makmal Penyelidikan UPM-BERNAS

 

Makmal Penyelidikan UPM-BERNAS telah ditubuhkan di Fakulti Sains dan Teknologi Makanan pada 2005, bertujuan untuk menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan analitikal untuk Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). BERNAS merupakan organisasi yang menguruskan industri padi dan beras di Malaysia.

Visi, misi dan polisi kualiti makmal adalah seperti berikut:



Visi


Menjadi pusat sumber kebangsaan bagi kualiti, kefungsian dan penggunaan beras

 

Misi

Menyediakan pembiak baka beras, pengilang dan pedagang beras, industri makanan
dan perkhidmatan makanan, dan konsumer dengan data kualiti dan kefungsian beras
yang jitu dan konsisten berdasarkan piawaian antarabangsa

 

Polisi Kualiti

Kami komited dalam menjalankan analisis berpandukan kaedah piawai untuk memenuhi kehendak pelanggan. Kami berazam untuk mengeluarkan keputusan yang
jitu dan konsisten dalam jangkamasa yang telah ditetapkan bagi mencapai
kepuasan pelanggan. Kami akan patuh pada polisi dan dokumentasi kualiti serta
memastikan keperluan ISO 17025 yang lain dipenuhi dalam rutin kerja harian

Aktiviti harian makmal dibahagikan kepada penyelidikan kontrak dan perkhidmatan analitikal.

 

A.  Penyelidikan Kontrak

 

1. Projek-Projek Yang Siap

i.    Kajian pematuhan piawaian ke atas beras-beras komersial.
ii.   Komposisi proksimat dan kandungan tenaga bagi beras-beras komersial.

 

2. Projek-Projek Yang Sedang Berjalan   
     
i.    Penubuhan pengkalan data untuk ciri-ciri fizikal dan kimia bagi beras.
ii.   Penilaian kaedah-kaedah dalam penggredan beras. 
iii.  Keadaan optimum dalam penyediaan nasi dengan tekstur yang digemari.          
iv.  Korelasi di antara kaedah-kaedah berbeza dalam menentukan kandungan amilosa 
      di dalam beras.            
v.  Antioksida di dalam beras mentah dan nasi.           
vi. Kesan memasak, penyejukan dan sejukbeku ke atas kehadaman kanji beras.          
vii. Kualiti dan kestabilan mee kering dari tepung beras yang ditambah nutrien mikro.

 

B.  Perkhidmatan Analitikal

 

1. Analisis Fizikal

i.   Penggredan Beras (dimensi bijian dan komposisi bijian: bendasing, bijian, rosak,  
     bijian hancur)
ii.   Kelembapan Bijian
iii.  Darjah Pengilangan
iv.  Berat 1000 Bijian         
v.   Ciri Pempesan        
vi.  Ciri Tekstur

 

2. Analisis Kimia

i.   Kelembapan
ii.   Abu
iii.  Protin
iv.  Lemak
v.   Serat Diet (jumlah, larut dan tidak larut)
vi.  Karbohidrat (berdasarkan perbezaan)
vii. Tenaga (berdasarkan pengiraan)
viii. Vitamin (B-1, B-2, B-3 dan asid folik)
ix.  Mineral (fosforus, kalium, magnesium, kalsium, natrium, besi and zink)
x.   Kanji
xi.  Amilosa
xii. Kanji Tak Terhadam
xiii. Indeks Glisemik


Kemaskini Terakhir : Thu, 10 Oct 2013 (radhiah)

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017