7 JAN – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Sesi 2019/2020 di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 baru-baru ini. Majlis kali ini diadakan secara hibrid di mana penerima hadiah, penaja dan Ahli Pengurusan dijemput menghadiri majlis secara bersemuka, manakala tetamu lain dijemput mengikutinya secara atas talian.
Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pelajar serta graduan kepada fakulti. Walau bagaimanapun, majlis ini tidak dapat diadakan pada tahun 2020 disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Sebanyak lapan penaja yang telah berbesar hati untuk menyumbang hadiah kepada 14 pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik bagi program prasiswazah dan siswazah. Majlis bermula pada jam 3 petang yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin.
Info Penaja & Pemenang:
HADIAH SEASONINGS SPECIALITIES
Penaja: Seasonings Specialities Sdn. Bhd.
Wakil: Dato’ Foo Chi Ching
- Pemenang: Melissa Anne A/P Sandianysamy
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
- Pemenang: Wan Muhd Hatim bin Wan Zain
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
HADIAH KECEMERLANGAN FONTERRA
Penaja: Fonterra Brands Malaysia Sdn. Bhd.
Wakil: Pn. Nurida Suraya Yahya
- Pemenang: Ainaa Najihah binti Shahrom
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
- Pemenang: Faridah binti Mohd Razali
Program: Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
HADIAH DEWINA
Penaja: Dewina Food Ind. Sdn. Bhd.
Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah
- Pemenang: Yew Yi Xuan
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
HADIAH BRAHIM HOLDINGS
Penaja: Tabung Amanah Kursi Brahim
Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah
- Pemenang: Haziqah Azlyn binti Azmi
Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
- Pemenang: Erra Nastasha binti Paudzi
Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
- Pemenang: Nor Ellyna binti Razali
Program: Master Sains (Pengurusan Makanan)
- Pemenang: Mohd Nazri bin Abdul Raji
Program: PhD (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
HADIAH DATO’ DR. RAMLY BIN MOKNI
Penaja: Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
Wakil: En. Mohammad Fuad Abd Rashid
- Pemenang: Aimi Zafirah binti Kamaruddin
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
HADIAH AJINOMOTO
Penaja: Ajinomoto (Malaysia) Bhd.
Wakil: En. Muhammad Sholihien Ahmad
- Pemenang: Ashley Tan Sai Li
Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
HADIAH KECEMERLANGAN TEKNOLOGI HIJAU
Penaja: Pensyarah FSTM
- Pemenang: Safiullah Jauhar - wakil
Program: Master Teknologi Makanan
HADIAH MOTOHIRO
Penaja: Tabung Amanah Profesor Terushige Motohiro
- Pemenang: Bonnie Yeoh Shu Chi
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
- Pemenang: Elisha Yiu
Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian