| FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH FAKULTI SESI 2020/2021

25 MAC – Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Sesi 2020/2021 di Dewan Kuliah Teknologi Makanan 1 baru-baru ini. Majlis kali ini diadakan secara hibrid di mana Penerima hadiah, Penaja, Ahli Pengurusan dan Penasihat Akademik dijemput menghadiri majlis secara bersemuka, manakala tetamu lain dijemput mengikutinya secara atas talian yang bersiaran langsung melalui Facebook Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, FSTM.

Majlis Penyampaian Hadiah Fakulti diadakan setiap tahun untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan pelajar serta graduan kepada fakulti. Walau bagaimanapun, majlis ini tidak dapat diadakan pada tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

Majlis kali ini terdapat sedikit kelainan di mana pihak fakulti mengadakan sesi perkongsian bersama wakil industri yang telah dijemput, iaitu YBhg. Dato’ Foo Chi Ching yang merupakan Pengarah Urusan Astramina Group Berhad, sebagai suntikan semangat kepada pelajar dan graduan untuk menempuhi alam pekerjaan yang bakal dilalui nanti. 

Sebanyak lapan penaja yang telah berbesar hati untuk menyumbang hadiah kepada 14 pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam bidang akademik bagi program prasiswazah dan siswazah. Majlis bermula pada jam tiga petang yang dirasmikan oleh Dekan Fakulti, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin.

Info Penaja & Pemenang:

HADIAH DEWINA

Penaja: Dewina Food Ind. Sdn. Bhd.
Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah

  • Pemenang: Amirul Izwan bin Bakhtiar
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri

 

HADIAH BRAHIM HOLDINGS

Penaja: Tabung Amanah Kursi Brahim
Wakil: Tn. Hj. Zainuddin Dollah

  • Pemenang: Izzah Shahira binti Anuar
   Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
   Penasihat Akademik: Prof. Dr. Muhammad Shahrim Ab Karim

  • Pemenang: Nadiatul Aqilah binti Mohd Ngasmawi
   Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
   Penasihat Akademik: Dr. Noor Azira Abdul Mutalib

  • Pemenang: Syafinaz binti Ruslan
   Program: Master Sains (Pengurusan Makanan)
   Penasihat Akademik: Dr. Siti Fatimah Mohamad

  • Pemenang: Genevie Eleanor Anak Ruby - wakil
   Program: PhD (Pengurusan Makanan)
   Penasihat Akademik: Prof. Dr. Son Radu

 

HADIAH KECEMERLANGAN FONTERRA

Penaja: Fonterra Brands Malaysia Sdn. Bhd.
Wakil: Pn. Megawati Suzari

  • Pemenang: Loo Ying Jie
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Prof. Madya Dr. Ahmad Faizal Abdull Razis

  • Pemenang: Nur Atikah binti Zakaria
   Program: Bacelor Sains (Pengajian Makanan)
   Penasihat Akademik: Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin

 

HADIAH SEASONINGS SPECIALITIES

Penaja: Seasonings Specialities Sdn. Bhd.
Wakil: Dato’ Foo Chi Ching
  • Pemenang: Kok Jia Wei
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Dr. Ismail Fitry Mohammad Rashedi

  • Pemenang: Syafiah Hannani binti Abdul Razib
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Dr. Norhidayah Suleiman

 

 

HADIAH DATO’ DR. RAMLY BIN MOKNI

Penaja: Ramly Food Processing Sdn. Bhd.
Wakil: En. Mohammad Fuad Abd Rashid

  • Pemenang: Nurkhairina Solehah binti Saiful Anuar
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Dr. Nik Iskandar Putra Samsudin

 

HADIAH AJINOMOTO

Penaja: Ajinomoto (Malaysia) Bhd.

  • Pemenang: Nurul Asyikin binti Khairulazam
   Program: Bacelor Sains (Pengurusan Perkhidmatan Makanan)
   Penasihat Akademik: Dr. Ainul Zakiah Abu Bakar

 

HADIAH TEKNOLOGI HIJAU

Penaja: Pensyarah FSTM

  • Pemenang: Nur Adibah binti Latip
   Program: Master Teknologi Makanan
   Penasihat Akademik: Dr. Nor Afizah Mustapha

 

HADIAH MOTOHIRO

Penaja: Tabung Amanah Profesor Terushige Motohiro

  • Pemenang: Soh Wan Qian
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
   Penasihat Akademik: Dr. Nor Afizah Mustapha

  • Pemenang: Nurazlin binti Zainuddin
   Program: Bacelor Sains dan Teknologi Makanan dengan Kepujian
   Penasihat Akademik: Prof. Madya Dr. Farinazleen Mohd. Ghazali

 

Pihak Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penaja hadiah fakulti di atas sumbangan tajaan ini. Tahniah diucapkan kepada para penerima hadiah semoga ia dapat memberikan motivasi kepada pelajar yang lain. Selamat maju jaya!

SXDdPAi~