MAJLIS PELANCARAN PROJEK AMAL@FOOD DI L'APPRENTI DAPUR RAKYAT@UPM, FSTM. | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » MAJLIS PELANCARAN PROJEK AMAL@FOOD DI L'APPRENTI DAPUR RAKYAT@UPM, FSTM.

MAJLIS PELANCARAN PROJEK AMAL@FOOD DI L'APPRENTI DAPUR RAKYAT@UPM, FSTM.

26 Oktober 2018 - Bahagian Pembangunan dan Jaringan, FSTM telah mengadakan Majlis Pelancaran Projek Amal@Food di L'apprenti Dapur Rakyat@UPM, FSTM. Projek ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dekan FSTM dan turut dihadiri oleh wakil dari WAZAN, UPM.

Projek Amal@Food ini adalah bertujuan untuk :

a) Menyediakan landasan kepada staf di Fakulti yang ingin membuat amal kebajikan kepada pelajar asnaf dan miskin.

b) Memperkayakan program amal di Universiti dan membangunkan program amal kebajikan seumpamanya di Fakulti secara berterusan dalam membantu pelajar asnaf dan miskin di Fakulti untuk terus mendapatkan sumbangan berbentuk. 

Barisan staff L'apprenti Dapur Rakyat@UPM dan pelajar yang menjayakan Projek Amal@Food.

 Majlis pelancaran Projek Amal@Food,  L'apprenti Dapur Rakyat@UPM.

     

Kaedah implimentasi bagi Projek Amal@Food ini adalah seperti berikut:-

- Staf Fakulti boleh membeli satu (1) pax untuk dirinya dan membayar satu (1) pax lagi untuk di derma/sedekahkan kepada pelajar asnaf/miskin di Fakulti dan UPM. Set makanan yang terlibat adalah Set Nasi Muafakat A (RM 4.50) @ B (RM 5.00). Konsep satu (1) pax dunia dan satu (1) pax akhirat.

- Staf Fakulti boleh membayar lebih daripada satu (1) pax untuk di dermakan/sedekahkan.

- Sumbangan akan dikutip pada setiap hari isnin hingga khamis setiap minggu. Sumbangan akan diedarkan pada setiap hari jumaat di L'apprenti Dapur Rakyat@UPM bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

- Sekiranya sumbangan kurang daripada sepuluh (10) pax pada minggu tersebut, agihan akan hanya dibuat pada jumaat pada minggu berikutnya.

- Sekiranya projek ini mendapat sambutan yang baik pihak Bahagian Pembangunan dan Jaringan akan memperluaskan kepada seluruh warga staf UPM.

 

Tarikh Input: 09/11/2018 | Kemaskini: 09/11/2018 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEUXAy~