KUNJUNGAN HORMAT DAN PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DARI WELLOUS SDN BHD | FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
» BERITA » KUNJUNGAN HORMAT DAN PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DARI WELLOUS SDN BHD

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERTUKARAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DARI WELLOUS SDN BHD

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM terima kunjungan hormat dari Wellous Sdn Bhd

SERDANG, 16 Januari- Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan hormat dan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) dari Wellous Sdn Bhd.Kerjasama ini bertujuan untuk mengalakkan latihan industri dan laluan kerjaya pelajar UPM di Wellous Sdn Bhd serta menjalinkan kerjasama diantara FSTM UPM dalam industri teknologi makanan.

Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman berkata jalinan antara industri ini akan membuktikan bahawa UPM sentiasa menyokong matlamat negara dalam industri makanan. "Terima kasih kepada semua syarikat yang mengambil bahagian atas minat mendalam dan sokongan yang mengagumkan untuk pembentukan dalam industri makanan dengan FSTM UPM," katanya. Turut hadir pada kunjungan hormat ini Dekan FSTM, Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin dan Timbalan Naib presiden Wellous Group, Racheal Tan. - UPM

 

 

Tarikh Input: 19/01/2023 | Kemaskini: 19/01/2023 | shuhada_md

PERKONGSIAN MEDIA

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03 9769 8367
Tiada
SXEXVAL~