| FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN

KARNIVAL PENDIDIKAN KERJAYA 2018

Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telah mengadakan Pameran sempena Karnival Pendidikan Kerjaya 2018 pada 6 dan 7 Oktober yang lalu. UPM telah melantik Dr. Noor Azira Abdul Mutalib sebagai Duta Promosi bagi acara tersebut, sekaligus mewakili Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM) untuk mempromosikan program-program yang ditawarkan. Seramai 3,000 pelajar matrikulasi dan pelajar sekolah menengah hadir bagi mendapatkan maklumat berkaitan program pendidikan di Institut Pengajian Tinggi. Pelajar aliran sains menjadi target kelompok yang telah didekati memandangkan bidang ini antara kriteria penting untuk melayakkan diri mengikuti program-program di FSTM.

Taklimat IPT disampaikan oleh Dr. Noor Azira Abdul Mutalib sebagai wakil UPM

Dr. Noor Azira Abdul Mutalib bersama kakitangan Bahagian Akademik dan Pejabat Strategi Korporat & Komunikasi

Para pelajar berkumpul di Dewan Minangkabau untuk sesi pameran

     

SXDdSAM~