BIL |
KOD |
NAMA KURSUS |
KREDIT |
SINOPSIS |
1 |
FMO3001 |
Pengenalan Kepada Pembuatan Makanan Prasyarat : Tiada
|
2 (2+0) |
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada industri pembuatan makanan. Komposisi, kaedah pembuatan dan faktor kerosakan makanan dihuraikan. Pembuatan produk makanan dan minuman berasaskan haiwan dan tumbuhan, piawaian dan isu keselamatan makanan ditekankan. |
2 |
FMO3101 |
Prasyarat : Tiada |
3 (3+0) |
Kursus ini merangkumi fungsi dan kesan nutrien ke atas kesihatan. Perubahan nutrien semasa pembuatan makanan dibincangkan. Kaedah meminimakan kehilangan nutrien semasa pengendalian, pembuatan dan penstoran makanan turut diberi penekanan. |
3 |
FMO3203 |
Mikrobiologi dan Sanitasi dalam Pemprosesan Makanan Prasyarat : Tiada |
3 (3+0) |
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada mikrobiologi asas serta prinsip kebersihan dan sanitasi dalam industri makanan. Pelbagai aspek sanitasi termasuk pengenalpastian penyakit bawaan makanan, kaedah penentuan kebersihan, teknologi pembersihan dan rekabentuk bersih juga dibincangkan. |
4 |
FMO3402 |
Operasi Unit Dalam Pembuatan Makanan Prasyarat : FST3401 |
3 (2+1) |
Kursus ini merangkumi pelbagai kaedah operasi unit pembuatan makanan. Prinsip penggaulan, penurasan, pengemparan, pengekstrakan dan penyemperitan dibincangkan. |
5 |
FMO3801 |
Pemprosesan dan Pengawetan Makanan Prasyarat : Tiada |
3 (2+1) |
Kursus ini merangkumi prinsip dan aplikasi pemprosesan dan pengawetan makanan. Konsep rintangan, pemprosesan suhu tinggi dan rendah, pemprosesan bukan terma, pengeringan serta pemekatan dihuraikan. Kesan pemprosesan terhadap kualiti dan kestabilan produk, pembungkusan dan aditif makanan dibincangkan |
6 |
FMO4301 |
Pembuatan dan Pengkomersialan Produk Makanan Baharu Prasyarat : FMO4801 atau FMO4802 |
3 (1+2) |
Kursus ini merangkumi pembuatan dan pengkomersialan produk makanan baharu. Penyelesaian masalah berkaitan pembuatan dan penghasilan produk makanan baharu diberi penekanan. Kaedah pengkomersilaan produk makanan baharu turut dibincangkan. |
7 |
FMO4501 |
Perundangan dalam Operasi Pembuatan Makanan
Prasyarat : FMO4801 atau FMO4802 |
3 (1+2) |
Kursus ini merangkumi pelbagai perundangan dalam operasi pembuatan makanan. Akta berkaitan dengan kilang dan jentera, pekerjaan, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, peraturan makanan, perihal dagangan dan cap dagangan dibincangkan. |
8 |
FMO4601 |
Analisis Produk Makanan Prasyarat : Tiada |
3 (2+1) |
Kursus ini merangkumi prinsip dan penggunaan kaedah fizikal, kimia, instrumentasi dan sensori bagi menilai sifat makanan. Pemilihan kaedah yang bersesuaian untuk penentuan kualiti produk makanan diberi penekanan. |
9 |
FMO4602 |
Kualiti Dan Piawaian Dalam Industri Pembuatan Makanan Prasyarat : Tiada |
3 (3+0) |
Kursus ini merangkumi sistem kualiti dan piawaian dalam industri pembuatan makanan. Konsep, aplikasi piawaian, amalan dalam industri pembuatan makanan, pengurusan pemeriksaan makanan dan panggil-balik juga dibincangkan. |
10 |
FMO4901 |
LATIHAN INDUSTRI Prasyarat : Tiada |
12 (0+12) |
Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada persekitaran kerja yang sebenar di industri/organisasi. Latihan merangkumi aplikasi aspek teori dan praktikal yang telah dipelajari dengan amalan semasa di tempat kerja. Kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi turut diberi penekanan. |
Tarikh Input: 02/10/2020 | Kemaskini: 07/09/2021 | zurainy
DEKAN
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400, SERDANG,
SELANGOR MALAYSIA