Capaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • ALUAN DEKAN

DekanAssalamualaikum wbt & Salam Sejahtera

Ditubuhkan dalam tahun 1982, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan adalah sebuah fakulti yang aktif dan mempunyai reputasi tinggi sebagai sebuah fakulti yang terbaik di Universiti Putra Malaysia. Fakulti ini mempamerkan dasar visi penubuhan Universiti : untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang sains makanan dan teknologi melalui pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Visi ini telah direalisasikan secara sistematik oleh kakitangan akademik dan sokongan Fakulti yang sangat komited dan sentiasa berkongsi pendapat di antara satu sama lain, dengan saintis di institusi akademik dan penyelidikan dan dengan industri dan pelanggan.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memilih Fakulti Sains dan Teknologi Makanan sebagai institusi untuk membangunkan Pusat Penyelidikan Keselamatan Makanan Kebangsaan (NFSR) berdasarkan kepakaran ahli jemaah Fakulti yang terkenal dalam bidang keselamatan makanan. Ini seterusnya disusuli dengan pengiktirafan dan perlantikan NFSR sebagai penyelaras rangkaian maklumat dalam bidang Penilaian Risiko Mikrobiologikal (MRA) untuk rantau Asia-Pasifik oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui pejabatnya yang bertanggungjawab untuk rantau Asia.

Satu lagi sejarah pencapaian Fakulti adalah dengan penubuhan Institut Penyelidikan Produk Halal, yang memainkan peranan penting dalam menangani isu-isu halal dalam produk pasaran di Malaysia mahupun produk untuk pasaran eksport. Tiga tunjang utama Fakulti - Jabatan Sains Makanan, Jabatan Teknologi Makanan dan Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan mewakili kesepaduan persekitaran kerja yang interaktif di mana pendekatan sinergistik digunakan dalam menyumbang kepada kecemerlangan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

Prof. Dr. Jinap Selamat
Dekan
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor, Malaysia
Tel : 603-89468367
Faks : 603-89485970
E-Mail : dean@food.upm.edu.my