BACELOR SAINS (PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN)

         

Buku Panduan Program Prasiswazah boleh dirujuk di sini

 

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

 1

FSM3001

Pengenalan Industri
  Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sejarah dan perkembangan industri makanan. Prinsip sains dan teknologi dalam pemprosesan, penyediaan dan perkhidmatan makanan, serta operasi dan pengurusan dalam industri makanan turut dibincangkan.

FSM3007 Pengenalan Kepada Industri
  Perkhidmatan Makanan
3(3+0) Kursus ini memperkenalkan pelbagai jenis operasi dan pengurusan dalam industri perkhidmatan makanan. Kitaran operasi perkhidmatan makanan bermula daripada perancangan menu, pembelian, penyediaan, pengeluaran makanan, pemasaran, sehingga ke jenis dan gaya perkhidmatan, ditekankan. Peluang kerjaya dalam sektor industri makanan yang berbeza turut dibincangkan

 3

 FSM3206  Teknologi Penghasilan Makanan Berkuantiti  3(2+1) Kursus ini meliputi prinsip dan aplikasi unit operasi dalam pemprosesan makanan bagi industri perkhidmatan makanan untuk penghasilan makanan berkuantiti. Perbincangan merangkumi teknik pemprosesan makanan, peralatan pemprosesan makanan terkini dalam industri perkhidmatan makanan dan juga kerosakan makanan yang dihadapi oleh pengusaha perkhidmatan makanan

 4

FSM3302

Teori Asas Penyediaan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip, teknik dan kemahiran penyediaan makanan berkuantiti. Penekanan diberikan kepada pengurusan bahan mentah, pengeluaran produk dan perhubungan antara perorangan.

 5

FSM3303

Amali Asas
  Penyediaan Makanan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi kaedah asas penyediaan pelbagai menu. Pra-penyediaan bahan mentah, teknik penyediaan dan penyajian makanan turut dibincangkan.

 6

FSM3304

Teori Asas Penyediaan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi penerangan dan aplikasi pelbagai prinsip penyediaan makanan, perbezaan pelbagai teknik penyediaan makanan berkualiti. Penekanan diberikan kepada pengurusan dan penyediaan bahan mentah, pengeluaran produk dan kemahiran profesional dalam industri perkhidmatan makanan.

7

FSM3305

Amali Asas
  Penyediaan Makanan

2(0+2)

Kursus ini merangkumi pelbagai kaedah dalam penyediaan makanan secara latihan amali. Ia meliputi kaedah asas pra-penyediaan bahan mentah, kaedah memasak dan juga persembahan makanan yang sesuai. Etika dalam penyediaan makanan juga ditekankan.

8

FSM3401

Khidmat Layanan Restoran

2(0+2)

Kursus ini merangkumi aspek penting dalam pengendalian pelbagai majlis mengikut budaya. Aspek layanan yang esklusif dan hiasan makanan turut dibincangkan.

9

FSM3402

Khidmat Layanan Restoran

3(1+2)

Kursus ini memberi penekanan kepada pelbagai khidmat layanan profesional di restoran mengikut tema dan menu. Ini merangkumi pelbagai elemen pengendalian bahagian depan (front-of-the-house) seperti susun atur peranggu meja, dekorasi, suasana, promosi dan tempahan. Etika dan protokol pengurusan sesuatu majlis turut dibincangkan.

10 

FSM3501

Pembangunan Menu

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip perancangan dan kawalan kos dalam pembangunan menu. Penekanan turut iberikan kepada pembangunan menu khusus.

11

FSM3502

Pembangunan Menu

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pembangunan menu yang bersesuaian dengan operasi perkhidmatan makanan berdasarkan prinsip perancangan menu. Penekanan diberi kepada kepelbagaian jenis menu, kos dan penentuan harga menu, reka bentuk kad menu, keperluan pasaran serta analisis menu.

 12

FSM3602

Sumber Manusia Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan amalan pengurusan sumber manusia. Aktiviti berkaitan dengan pengambilan, latihan dan pembangunan sumber manusia turut diberi penekanan.

13 

FSM3604

Pengurusan
  Dan Kawalan Kos Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip dan konsep penting sistem kawalan kos dalam perkhidmatan makanan. Prosedur kawalan kos turut diberi penekanan.

 14

FSM3605

Pembelian Berkuantiti Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi proses pembelian bahan mentah dan bahan bukan makanan. Spesifikasi dan pengendalian bahan turut diberi penekanan.

15

FSM3606

Pembelian Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi proses dan kaedah pembelian bahan mentah dan bekalan bukan makanan dalam perkhidmatan makanan. Ini termasuk proses penerimaan, penyimpanan, pengeluaran inventori dan rundingan. Penentuan jumlah, harga, polisi pembayaran, pembekal yang optimal serta penyediaan spesifikasi pembelian turut diberi penekanan.

16

FSM3607

Amalan Halal dalam Perkhidmatan Makanan

2(2+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan amalan halalan toyyiban bermula daripada perancangan sehingga penyediaan makanan dalam industri perkhidmatan makanan. Amalan, panduan dan perundangan berkaitan halalan toyyiban dalam industri perkhidmatan makanan turut dibincangkan.

17

 FSM3608  Pengurusan
  Dan Kawalan Kos Perkhidmatan Makanan
 3(3+0) Kursus ini merangkumi pengurusan dan kaedah kawalan kos dalam perkhidmatan makanan. Fokus diberi ke atas  pengiraan kos makanan dan kos buruh,  kawalan pengeluaran, penyata pendapatan dan bajet. Kawalan kos melalui proses pembelian, penetapan harga jualan serta pengurusan pendapatan turut dibincangkan.

18

FSM3609 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Perkhidmatan Makanan 3(3+0) Kursus ini merangkumi prinsip dan amalan pengurusan sumber manusia dalam industri perkhidmatan makanan. Penekanan diberi kepada pengambilan pekerja, pembangunan sumber manusia, penilaian prestasi dan pengekalan pekerja. Penyelesaian kepada isu sumber manusia dan hubungan industri juga turut dibincangkan.

 19

FSM4101

Kaedah Penyelidikan Dalam Perkhidmatan Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi prinsip asas menjalankan penyelidikan saintifik. Penggunaan perisian statistik dalam menganalisis data dan kaedah penafsiran keputusan kajian turut ditekankan.

 20

FSM4102 Kaedah Penyelidikan Dalam Industri Makanan 3(2+1) Kursus ini merangkumi kaedah penyelidikan dalam industri makanan. Ini termasuk kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Aliran penyelidikan bermula daripada pencarian idea, reka bentuk penyelidikan, pensampelan sehingga ke analisis data juga dibincangkan. Penggunaan perisian SPSS untuk menganalisis data turut diliputi.

 21

FSM4207

Makanan
  Kajian Dalam Perkhidmatan Makanan

3(1+2)

Kursus ini merangkumi pendekatan sains dalam inovasi produk makanan. Keperluan menghasilkan produk baru dititikberatkan.

22

FSM4209

Inovasi Makanan Dalam Perkhidmatan Makanan

3(1+2)

Kursus ini memerlukan pelajar untuk mencipta formulasi menu baharu menggunakan pendekatan sains dan teknologi. Proses pembangunan menu baharu bermula dengan penjanaan idea dan konsep sehingga penghasilan produk prototaip. Penambahbaikan menu untuk kepuasan pelanggan dan penyelesaian masalah dalam inovasi makanan turut dibincangkan.

23

FSM4210

Pemakanan Lanjutan Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini menekankan aspek keperluan pemakanan dan penyediaan menu untuk pelanggan daripada kumpulan tertentu pada setiap peringkat kitaran hidup, termasuk pesakit dan ahli sukan. Pembangunan menu untuk permintaan pemakanan khas pelanggan, permasalahan dan trend semasa dalam perkhidmatan makanan turut dibincangkan.

 24

FSM4304

Penyediaan Makanan Lanjutan

3(1+2)

Kursus ini merangkumi penyediaan, persembahan dan perkhidmatan makanan secara komersil. Penekanan turut diberikan kepada keberkesanan dan kecekapan bekerja secara berkumpulan.

25 

FSM4305

Kuisin
  Barat

3(1+2)

Kursus ini merangkumi prinsip dan teknik asas penyediaan masakan barat. Penekanan turut diberikan kepada perkembangan masakan makanan barat.

 26

FSM4306

Kuisin Asia

3(1+2)

Kursus ini merangkumi prinsip dan teknik asas penyediaan masakan Asia. Penekanan turut diberikan kepada perkembangan masakan makanan Asia.

27

FSM4308

Penyediaan Makanan Warisan Malaysia

3(1+2)

Kursus ini merangkumi aspek keaslian bahan ramuan, teknik dan rasa dalam menyediakan makanan warisan mengikut negeri yang berbeza di Malaysia. Pembangunan formulasi dan cara penyediaan standard untuk makanan warisan Malaysia bagi kelestarian keasliannya juga ditekankan.

28

FSM4309

Penyediaan Makanan dan Khidmat Layanan Komersial

2(0+2)

Kursus ini merangkumi proses perancangan majlis komersial sehingga pelaksanaannya. Ini merangkumi pelbagai elemen pengendalian dapur komersial (back-of-the-house) dan bahagian depan (front-of-the-house) seperti  pembangunan menu dan resipi, penyediaan makanan, dan khidmat layanan profesional.  Penekanan turut diberikan kepada elemen kerja berkumpulan dan keusahawanan secara latihan amali.

 29

FSM4503

Sistem Maklumat Dalam Perkhidmatan Makanan

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi pengurusan sistem maklumat yang meliputi aspek perancangan, organisasi, penggunaan teknologi, pentadbiran dan pemasaran dalam institusi makanan.

30 

FSM4504

Reka Bentuk Dan Susunatur Prasarana Perkhidmatan
  Makanan

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi susunatur dan reka bentuk peralatan dan kemudahan dengan cara yang berkesan. Aplikasi komputer turut diperkenalkan.

31

FSM4505

Digitalisasi dan Pengurusan Sistem Dalam Industri Perkhidmatan Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi pelbagai jenis sistem pengurusan maklumat dan aplikasi terkini dalam perkhidmatan makanan. Penekanan juga diberikan kepada penggunaan komponen e-dagang, e-pemasaran dan media sosial dalam perkhidmatan makanan. Sistem pengurusan maklumat yang efisien dan kos efektif turut dibincangkan.

32

FSM4507

Fasiliti, Susun Atur dan Rekabentuk Perkhidmatan Makanan

3(2+1)

Kursus ini merangkumi susun atur dan reka bentuk fasiliti perkhidmatan makanan dengan menggunakan perisian komputer. Pendedahan diberikan kepada analisis ruang bagi keseluruhan premis serta  pemilihan dan susun atur peralatan. Pengintergrasian faktor ergonomik dalam susun atur dan reka bentuk fasiliti turut diberi penekanan.

33

FSM4602

Pengurusan Kualiti Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pelbagai prinsip sistem kualiti dalam industri perkhidmatan makanan. Pendedahan diberikan kepada sistem pensijilan, pemastian dan pelbagai alat kawalan kualiti untuk memastikan kualiti makanan dapat dipertingkatkan bagi kepuasan pelanggan. Penyelesaian masalah berkaitan pengurusan kualiti di organisasi perkhidmatan makanan turut ditekankan.

 34

FSM4603

Pemasaran Dan Penjualan Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip pemasaran dan gelagat pengguna dalam perkhidmatan makanan. Aktiviti berkaitan dengan perancangan pemasaran dan penjualan turut dibincangkan.

35

FSM4604

Pemasaran Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep pemasaran, ciri perkhidmatan dan gelagat pengguna dalam perkhidmatan makanan. Teknik segmentasi, pemposisian dan pembangunan produk, analisis saluran pemasaran, promosi dan pengiklanan turut dibincangkan. Aktiviti berkaitan kajian pasaran dan pembangunan pelan pemasaran diberi penekanan

 36

FSM4606

Pengurusan Operasi Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini meliputi aplikasi teknik analitikal dalam industri perkhidmatan makanan. Penekanan diberi kepada aplikasi teori pemodelan untuk merancang dan membuat keputusan.

 37

FSM4607

Pengurusan
  Strategik Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip pengurusan strategik dalam perkhidmatan makanan. Proses membangunkan strategi untuk institusi perkhidmatan makanan juga diberi penekanan.

 38

FSM4701

Sistem Operasi Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini memberi penekanan kepada pengurusan sistem dan operasi perkhidmatan makanan. Peningkatan produktiviti dan aplikasi teknologi turut dibincang.

 39

FSM4702

Pengurusan
  Makanan Dan Minuman

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi proses dan langkah serta prinsip pengurusan makanan dan minuman. Penekanan diberikan kepada pengurusan sumber secara berkesan dengan mengintegrasi teknologi maklumat.

 40

FSM4703

Pengurusan
  Institusi

3(3+0)

Kursus ini merangkumi teknik pengurusan dan pengendalian institusi perkhidmatan makanan dengan cekap. Aktiviti berkaitan dengan operasi nstitusi perkhidmatan makanan turut dibincangkan.

41 

FSM4704

Pengurusan
  Minuman Dan Bar

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip penghasilan minuman beralkohol dan tak beralkohol. Pelbagai aspek pengurusan minuman turut dibincangkan.

42

FSM4705

Pengurusan Restoran

3(3+0)

Kursus ini merangkumi operasi dan pengurusan restoran, bermula daripada kajian kebolehlaksanaan, pembangunan konsep, reka bentuk menu sehingga fasiliti restoran. Pengeluaran dan perkhidmatan makanan berkualiti serta pengurusan pemasaran, sumber manusia dan kewangan turut ditekankan. Aspek penting dalam operasi dan pengurusan restoran diintegrasikan dalam pembangunan pelan perniagaan.

43

FSM4706

Pengurusan Perkhidmatan Makanan Institusi

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sistem pengurusan dan pengendalian perkhidmatan makanan institusi. Keberkesanan pengurusan institusi yang meliputi aspek pengurusan menu, sistem pengedaran makanan, logistik serta aplikasi sistem maklumat diberi penekanan. Kawalan kos operasi, kuantiti dan kualiti makanan bagi memastikan kelestarian perkhidmatan makanan institusi turut dibincangkan.

44

FSM4707

Pengurusan Minuman

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip pengurusan dalam penghasilan pelbagai produk minuman serta perkhidmatannya. Pendedahan kepada pelbagai jenis minuman termasuk minuman beralkohol, proses penyediaan, peralatan dan cara menghidang. Aspek pembangunan resipi, pengurusan minuman dan konsep perniagaan dibincangkan.

45

FSM4781

Keusahawanan Dalam Perkhidmatan Makanan

3(1+2)

Kursus ini merangkumi pembangunan dan pelaksanaan pelan perniagaan perkhidmatan makanan yang berpotensi menjana keuntungan. Aktiviti perniagaan secara praktikal dijalankan dengan menekankan kemahiran pengurusan perniagaan dan budaya keusahawanan. Tumpuan diberikan kepada kreativiti dan inovasi dalam menguruskan perniagaan perkhidmatan makanan yang berdaya saing.

 46

FSM4803

Perundangan
  Industri Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi undang-undang yang berkaitan dengan penubuhan dan pengoperasian institusi perkhidmatan makanan. Akta dan Peraturan makanan yang berkaitan turut dibincangkan.

 47

FSM4804

Kontrak Dan Francais Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi asas dan prinsip pembangunan kontrak dan francais. Pembangunan dan penilaian kontrak di dalam organisasi perkhidmatan makanan turut diberi penekanan.

48

FSM4805

Perundangan
  Industri Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi undang-undang berkaitan penubuhan dan pengoperasian industri perkhidmatan makanan. Tumpuan diberikan kepada peraturan, perlesenan, pensijilan dan akta perkhidmatan makanan. Undang-undang hospitaliti, hak sivil pelanggan dan isu turut diberi penekanan.

49

FSM4806

Kontrak Dan Francais Dalam Perkhidmatan Makanan

3(3+0)

Kursus ini merangkumi elemen undang-undang kontrak dan francais dalam perkhidmatan makanan. Pengurusan konflik, litigasi, pertikaian dan salah laku dalam francais diberi penekanan. Pembangunan, pengurusan, trend pasaran dan isu berkaitan perniagaan francais dalam perkhidmatan makanan turut dibincangkan.

 50

FSM4901

Latihan
  Industri

12 (0+12)

Kursus ini meliputi latihan industri selama 24 minggu di agensi kerajaan atau beberapa syarikat atau kilang industri yang terpilih. Latihan dikendalikan bersama oleh penyelaras dan seorang penyelia atau pengurus dari agensi atau syarikat atau kilang tersebut.

51

FSM4902

Latihan
  Industri

12 (0+12)

Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada persekitaran kerja yang sebenar di industri/organisasi. Latihan merangkumi aplikasi aspek teori dan praktikal yang telah dipelajari dengan amalan semasa di tempat kerja. Kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi turut diberi penekanan.

 52

FSM4977

Seminar

1(0+1)

Kursus ini merangkumi persediaan dan teknik pembentangan berkesan. Pelajar perlu membentang penemuan projek penyelidikan yang telah dijalankan.

53

FSM4959

Disertasi Bacelor

6(0+6)

Kursus ini merangkumi penyediaan cadangan, pelaksanaan dan penulisan saintifik untuk sesuatu projek penyelidikan. Pendekatan saintifik bagi menjana data secara sistematik melalui reka bentuk, pengumpulan dan analisis data yang sesuai diberi penekanan

54 

FSM4999

Projek
  Ilmiah Tahun Akhir

6(0+6)

Kursus ini merangkumi pelaksanaan projek penyelidikan dan teknik penulisan saintifik. Pelajar perlu menghasilkan penulisan ilmiah secara sistematik.

55 

FST3301

Prinsip Pemprosesan Dan
  Pengawetan Makanan

4(3+1)

Kursus ini meliputi  ciri-ciri kualiti makanan, akibat dan kesan kerosalkan makanan, dan pelbagai cara pengawetan dalam makanan.

56

FST4001

Makanan Halal

2(2+0)

Kursus ini meliputi konsep makanan halal dan haram dalam proses pengeluaran makanan dari ladang ke meja. Peraturan dan perundangan berkaitan makanan halal serta prosedur pensijilan dan penggunaan logo halal dalam industri makanan juga akan dibincangkan.

57

FST4832

Penilaian Deria Makanan

2(1+1)

Kursus ini merangkumi konsep penilaian deria serta kegunaannya, kaedah penilaian deria, pemilihan dan latihan ahli panel, format dan tatacara memperolehi data, penyediaan dan persembahan sampel, faktor mempengaruhi pengukuran penilaian deria, pengujian pengguna dan analisis data.