HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

MASTER/PHD SECARA PENYELIDIKAN

 

 

NO. KOD KURSUS KREDIT SINOPSIS

1.

FST5210

TOKSIKOLOGI MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi sebatian toksik dalam makanan, kaedah pendedahan dan penyerapan, mekanisma ketoksikan, komponen kimia dan biokimia untuk mencegah pencemaran produk makanan. Kesan kesihatan terhadap pendedahan dan kaedah penyahtoksikan juga dibincangkan.

2.

FST5209

MIKROBIOLOGI MAKANAN LANJUTAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kehadiran dan pertumbuhan mikroorganisma dalam makanan serta hubungannya dengan komoditi dan keselamatan makanan semasa pengendalian, pemprosesan dan penstoran. Ekologi mikrob makanan, mikroorganisma patogen, jangkitan bawaan makanan, keracunan makanan, mikroorganisma bermanfaat dalam sistem makanan dan kaedah pengesanan mikroorganisma juga ditekankan. Trend semasa dan isu bangkit dalam keselamatan makanan seperti rintangan antimikrob, dan kawalan alergen juga dibincangkan.

 

3.

FST5109

BIOKIMIA MAKANAN LANJUTAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi kepentingan biokimia dalam memahami bidang sains makanan dan memberi pemahaman yang mendalam ke atas perubahan kimia yang terjadi di dalam makanan. Perubahan kritikal biokimia yang terjadi dalam komoditi makanan dan produk termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran, hasil tenusu, daging dan hasilan laut turut dibincangkan. Perkembangan terkini dalam makanan fungsian, analisis biokimia makanan dan isu dalam biokimia makanan turut ditekankan.

4.

FST5110

KIMIA FIZIKAL MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip utama kimia fizikal berkaitan dengan makanan termasuk kimia termodinamik, sistem koloid, aktiviti dan bahan permukaan, sifat reologi dan elemen kinetik kimia. Perubahan yang berlaku semasa pemprosesan, penyimpanan dan pengendalian makanan yang mempengaruhi kualiti ditekankan. Perlakuan makanan dalam aspek kimia fizikal dan persamaan matematik turut dibincangkan.

5.

FMO5601

PENGURUSAN DALAM INDUSTRI MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan strategi operasi dalam industri makanan. Penekanan diberikan kepada keseluruhan komponen pengurusan operasi yang terdiri daripada perancangan, pengendalian dan penjadualan, reka bentuk proses, serta pengurusan rantaian bekalan. Keberkesanan pengurusan operasi seperti pengurusan risiko dan ketahanan rantaian bekalan, pengurusan kualiti, transformasi digital, dan kelestarian industri makanan turut dibincangkan.

6.

FSM5602

PEMASARAN PENJENAMAAN DALAM INDUSTRI MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini meliputi teori dan konsep pemasaran dan penjenamaan. Pembangunan, pengurusan dan pelaksanaan bagi pemasaran serta penjenamaan dibincangkan dalam konteks produk dan perkhidmatan industri makanan. Komponen pemasaran dan penjenamaan dalam dunia digital turut ditekankan.

7.

FSM5603

GELAGAT PELANGGAN DALAM MEMILIH MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi teori dan konsep berkaitan proses membuat keputusan serta pengaruh dalaman dan luaran ke atas gelagat pengguna. Pemilihan makanan oleh pelanggan di peringkat individu, keluarga dan masyarakat, serta persepsi pelanggan terhadap makanan terproses, keselamatan makanan, bahan makanan dan teknologi makanan turut dibincangkan.

8.

FSM5702

PENGURUSAN OPERASI DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep dan strategi operasi dalam industri perkhimatan makanan. Penekanan juga diberikan kepada keseluruhan komponen pengurusan operasi yang terdiri daripada ramalan permintaan, reka bentuk produk, perkhidmatan, proses, susun atur, ukuran kerja serta pengurusan rantaian bekalan. Keberkesananpengurusan operasi seperti kualiti, digitalisasi, revolusi industri dan kelestarian turut dibincangkan.

9.

FSM5703

PENGURUSAN STRATEGIK SUMBER MANUSIA DALAM PERKHIDMATAN MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi pengurusan strategik sumber manusia dalam industri perkhidmatan makanan. Penekanan diberi kepada pelbagai strategi yang merangkumi ganjaran, hubungan pekerja, sumber dan organisasi.  Pembangunan sumber manusia dan penyelesaian kepada isu sumber manusia juga turut dibincangkan. 

10.

FST5105

TEKNIK DALAM ANALISIS MAKANAN

3(2+1)

Kursus ini merangkumi teknik persampelan dan persediaan sampel makanan sebelum analisis. Prinsip, fungsi komponen sesuatu alat analitikal dan aplikasi teknik yang digunakan dalam pencirian sifat fizikal dan kimia bahan mentah dan produk makanan dibincangkan. Interpretasi dan penilaian data dari teknik yang digunakan juga diberi penekanan.

11.

FSM5301

SAINS KULINARI

3(3+0)

Kursus ini mengintegrasi prinsip sains makanan dalam kulinari. Penekanan diberikan kepada sifat fizikokimia, kefungsian dan kesan tindak balas makro komponen makanan seperti air, karbohidrat, protein, lemak dan minyak serta aditif makanan dalam proses penyediaan dan masakan makanan. Kesan pelbagai makro-komponen dalam penyediaan makanan ke atas atribut makanan turut dibincangkan.

12.

ERS5900

KAEDAH PENYELIDIKAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi penilaian reka bentuk penyelidikan dalam pendidikan. Penekanan diberi kepada kaedah mengorganisasi maklumat yang relevan, menentukan metodologi kajian yang sesuai dan menghasilkan kertas cadangan penyelidikan,

13.

FST5201

EKOLOGI MIKROB DALAM KOMODITI MAKANAN

 3(3+0)  

Kursus ini memberi penekanan kepada ciri penting dan mikroflora awal bagi komoditi makanan terpilih. Faktor yang mempengaruhi tumbesaran dan pemilihan mikroorganisma perosak dominan semasa pengendalian, pemprosesan dan penyimpanan komoditi makanan dirangkumi. Kawalan patogen dalam komoditi makanan menggunakan kaedah bersesuaian dibincangkan.

 14.  FST5108 KIMIA KOMPONEN MAKANAN 3(3+0)   

Kursus ini merangkumi sifat fizikokimia, kefungsian dan tindak balas makro-komponen makanan khususnya air, karbohidrat, serat dietari, protein dan lipid. Peranan dan interaksi komponen dalam sistem makanan semasa pemprosesan dan penstoran serta pengaruhnya kepada kualiti dan keselamatan makanan diberi penekanan.

15. FST5502 BIOPEMPROSESAN MAKANAN 3(3+0)

Kursus ini merangkumi konsep biopemprosesan makanan dan pembangunan teknologi hijau. Pengkelasan, sifat, sumber dan dan tindak balas enzim makanan akan dibincangkan. Penggunaan pelbagai jenis mikroorganisma, kultur pemula, proses fermentasi dan peranannya dalam pengeluaran makanan dan metabolit untuk industri makanan juga diberi penekanan. Isu semasa dan peranan biomangkin juga dibincangkan.

16. FST5401

KEJURUTERAAN DAN PEMPROSESAN MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip serta aplikasi operasi unit termasuk pra-pemprosesan, operasi penukaran dan pengawetan bagi penghasilan produk makanan. Pelbagai kaedah dan prinsip asas kejuruteraan makanan yang digunakan dalam pemprosesan makanan turut diberi penekanan. Kajian kes mengenai pendekatan operasi unit dalam kejuruteraan proses makanan bagi komoditi makanan tertentu juga dibincangkan.

17. FST5002 KAEDAH PENYELIDIKAN DAN STATISTIK DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI MAKANA 3(3+0)

Kursus ini merangkumi reka bentuk penyelidikan dan analisis statistik dalam penyelidikan sains dan teknologi makanan. Analysis perbezaan min sampel dan hubungan antara pemboleh ubah juga ditekankan. Reka bentuk eksperimen, kaedah pengoptimuman dan analisis data yang sesuai untuk kajian kes berkaitan sains dan teknologi makanan dibincangkan.

18. FST5311

TEKNOLOGI EMULSI DALAM APLIKASI MAKANAN

3(3+0)

Kursus ini merangkumi prinsip asas teknologi emulsi yang mendasari semua jenis produk makanan berasaskan emulsi. Teknologi pembentukan, pencirian dan kajian kestabilan pelbagai emulsi makanan yang akan membantu dalam reka bentuk rasional produk baharu, penambahbaikan produk sedia ada dan penyelesaian masalah pemprosesan yang lebih pantas ditekankan.

19.

FST5003

FALSAFAH SAINS HALAL

3(3+0) Kursus ini merangkumi falsafah dan konsep halal dan haram mengikut perspektif syariah dan kaitannya dengan sains. Perbincangan merangkumi persoalan asas halal dan haram serta aplikasinya dalam keseluruhan peringkat rantaian bekalan produk makanan dan bukan makanan. Ini meliputi struktur industri halal, pasaran halal, perundangan dan peraturan pensijilan halal.