Informasi Bahagian

Peranan utama Bahagian Pengurusan Sumber adalah untuk menyokong aktiviti bagi mencapai Kualiti dan Pelan Strategik Fakulti. Fungsi bahagian ini adalah untuk menyediakan sumber, kemudahan dan peralatan bagi tujuan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional. Selain daripada itu, bahagian ini juga berperanan untuk membantu pengurusan program program yang dijalankan oleh Fakulti seperti Hari Penyampaian Hadiah Pelajar, Hari Pengenalan Produk Baru Fakulti, Hari Kualiti, Seminar dan lain-lain.

Fungsi utama :

1. Sumber Manusia

-Keperluan perancangan staf 
-Pengurusan kemasukan staf 
-Pengurusan kenaikan pangkat 
-Perancangan latihan staf 
-Menyediakan latihan untuk staf 


2. Penyelenggaraan Kemudahan, Peralatan dan Infrastruktur

-Perancangan kemudahan, peralatan & infrastruktur 
-Penyelenggaraan kemudahan, peralatan & infrastruktur 


3. Kewangan

-Penyediaan bajet tahunan 
-Pengurusan bekalan, perkhidmatan & kerja 
-Pengurusan & pengawalan bajet bagi memenuhi perancangan yang telah dibuat 


4. Penyediaan & Pengurusan

-Aktiviti Rasmi Fakulti

-Penyediaan tempat 
-Penyediaan bajet
-Penyediaan kemudahan & peralatan