BACELOR SAINS OPERASI PEMBUATAN MAKANAN DENGAN KEPUJIAN

BIL

KOD

NAMA KURSUS

KREDIT

SINOPSIS

1

FMO3001

Pengenalan Kepada Pembuatan Makanan

Prasyarat : Tiada

 

2 (2+0)

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada industri pembuatan makanan. Komposisi, kaedah pembuatan dan faktor kerosakan makanan dihuraikan.  Pembuatan produk makanan dan minuman berasaskan haiwan dan tumbuhan, piawaian dan isu keselamatan makanan ditekankan.

2

FMO3101

Prasyarat : Tiada

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi fungsi dan kesan nutrien ke atas kesihatan.  Perubahan nutrien semasa pembuatan makanan dibincangkan. Kaedah meminimakan kehilangan nutrien semasa pengendalian, pembuatan dan penstoran makanan turut diberi penekanan.

3

FMO3203

Mikrobiologi dan Sanitasi dalam Pemprosesan Makanan

Prasyarat : Tiada

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi pengenalan kepada mikrobiologi asas serta prinsip kebersihan dan sanitasi dalam industri makanan. Pelbagai aspek sanitasi termasuk pengenalpastian penyakit bawaan makanan, kaedah penentuan kebersihan, teknologi pembersihan dan rekabentuk bersih juga dibincangkan.

4

FMO3402

Operasi Unit Dalam Pembuatan Makanan

Prasyarat : FST3401

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi pelbagai kaedah operasi unit pembuatan makanan. Prinsip penggaulan, penurasan, pengemparan, pengekstrakan dan penyemperitan dibincangkan.

5

FMO3801

Pemprosesan dan Pengawetan Makanan

Prasyarat : Tiada

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi prinsip dan aplikasi pemprosesan dan pengawetan makanan. Konsep rintangan, pemprosesan suhu tinggi dan rendah, pemprosesan bukan terma, pengeringan serta pemekatan dihuraikan. Kesan pemprosesan terhadap kualiti dan kestabilan produk, pembungkusan dan aditif makanan dibincangkan

6

FMO4301

Pembuatan dan Pengkomersialan Produk Makanan Baharu

Prasyarat : FMO4801 atau FMO4802

3 (1+2)

Kursus ini merangkumi pembuatan dan pengkomersialan produk makanan baharu. Penyelesaian masalah berkaitan pembuatan dan penghasilan produk makanan baharu diberi penekanan. Kaedah pengkomersilaan produk makanan baharu turut dibincangkan.

7

FMO4501

Perundangan dalam Operasi Pembuatan Makanan

 

Prasyarat : FMO4801 atau FMO4802

3 (1+2)

Kursus ini merangkumi pelbagai perundangan dalam operasi pembuatan makanan.  Akta berkaitan  dengan kilang dan jentera, pekerjaan,  kesihatan dan keselamatan pekerjaan, peraturan makanan, perihal dagangan dan cap dagangan dibincangkan.

8

FMO4601

Analisis Produk Makanan

Prasyarat : Tiada

3 (2+1)

Kursus ini merangkumi prinsip dan penggunaan kaedah fizikal, kimia, instrumentasi dan sensori bagi menilai sifat makanan. Pemilihan kaedah yang bersesuaian untuk penentuan kualiti produk makanan  diberi penekanan.

9

FMO4602

Kualiti Dan Piawaian Dalam Industri Pembuatan Makanan

Prasyarat : Tiada

3 (3+0)

Kursus ini merangkumi sistem kualiti dan piawaian dalam industri pembuatan makanan.  Konsep, aplikasi piawaian, amalan dalam industri pembuatan makanan, pengurusan pemeriksaan makanan dan panggil-balik juga dibincangkan.

10

FMO4901

LATIHAN INDUSTRI

Prasyarat : Tiada

12 (0+12)

Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada persekitaran kerja yang sebenar di industri/organisasi. Latihan merangkumi aplikasi aspek teori dan praktikal yang telah dipelajari dengan amalan semasa di tempat kerja. Kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi turut diberi penekanan.