Pejabat Timbalan Dekan

Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, FSTM mempunyai tiga (3) Pejabat Timbalan Dekan yang mana masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab berbeza dalam memastikan kejayaan fakulti.

Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar)

Bahagian Akademik dan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Fakulti Sains dan Teknologi Makanan menjalankan urusan pentadbiran program akademik prasiswazah dan mengendalikan urusan hal ehwal pelajar Fakulti. Program yang ditawarkan adalah program sepenuh masa dan terbuka kepada calon lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi/Asasi, pemegang Diploma/kelayakan setaraf sebagai syarat kemasukan Ijazah Sarjana Muda UPM.

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah,Penyelidikan dan Inovasi)

Bahagian Siswazah, Penyelidikan dan Inovasi (BSPI) telah diwujudkan pada bulan September 2007 di mana sebelum ini ia dikenali sebagai Bahagian Penyelidikan, Inovasi dan Pengantarabangsaan. Hal ini kerana BSPI telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal siswazah selain skop penyelidikan yang sedia ada di Fakulti sejajar dengan pengisytiharan Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan pada November 2006.

BSPI terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu siswazah dan penyelidikan. Di bahagian siswazah, tugas utama yang dijalankan adalah berkaitan urusan pengambilan pelajar siswazah lanjutan di Fakulti dan pengendalian kursus siswazah seperti menyediakan jadual seminar siswazah, jadual waktu kursus siswazah dan menguruskan kemasukan markah peperiksaan pelajar siswazah.

Bahagian penyelidikan pula dibahagikan kepada pentadbiran dan makmal penyelidikan. Tugas utama adalah membantu Fakulti dalam memenuhi KPI MYRA yang ditetapkan.

Pejabat Timbalan Dekan (Pembangunan dan Jaringan)

Dalam usaha pihak Fakulti untuk mencapai matlamat strategik UPM 2021-2025 iaitu Pelan Strategik ini yang memfokuskan lapan bidang strategik dan mempunyai lima matlamat penting untuk UPM menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa. Melalui analisis, maklum balas, sumbang saran dan libat serta pelbagai kumpulan yang berkepentingan, UPM telah menetapkan bahawa kedudukan dalam ranking global perlu ditingkatkan dan memperkukuhkan impak fungsi teras UPM untuk kelangsungan kecemerlangan.

Lapan bidang strategik yang diberi tumpuan dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020 ialah seperti berikut:

  1. Pengajaran dan pembelajaran, dan pembangunan pelajar secara holistik
  2. Penyelidikan, pengkomersilan dan inovasi
  3. Jaringan industri dan khidmat masyarakat
  4. Pengurusan dan pembangunan bakat
  5. Penjanaan pendapatan
  6. Bidang kebitaraan – Kecemerlangan Pertanian
  7. Pembangunan kemudahan & kelestarian kampus
  8. Penjenamaan, imej dan keterlihatan